Friday, March 23, 2012

OWH...ISTERI~!! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Salam jumaat untuk semua pembaca tegar. Sekejap betol masa berlalu. Terasa baru je semalam start minggu baru, hari ni dah hari jumaat. *pejam celik..pejam celik*. Apa2 pun, syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. ^^

Hari2 berlalu seperti biasa..rutin harian ke hospital, prektis some short cases..then balik hostel. *hari ni balik awal, kononnye nak study, prepare untuk exam next week*. Satu hari tak buka 'muka buku' memang tak sempurna hidup.. *owh dahsyat keyh!!*. Tetiba terbaca satu post ni dan dah kongsi ngan en.suami tercinta.. Ni post nyer :


'Soalan - kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je..sekali ni je, tapi beli juga'

Jawapan Ustaz Azhar Idrus (UAI)

'Wanita macam budak2 suka membeli. Contohnya budak2, pantang tengok mainan terus je nak..padahal mainan banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi..nak beli lagi.. Wanita memang suka tengok benda yang cantik. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT.. kalau bukan isteri yang nak habiskan duit, siapa lagi.. Kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk, kuali, dll.. SUAMI JANGAN MARAH, ISTERI BESAR JASANYA..beranakkan anak, jaga anak2, tolong basuh baju kita, tolong masak, kemaskan rumah dan lain2. Orang perempuan memang macam tu. Kita jangan marah lah. Kalau dia kata nak beli sekali ni je, tak beli lagi lepas ni, jangan percaya. Kalau percaya, BODOH.'


Hahaha..nak gelak pun ade gak baca jawapan ustaz ni. Confirm!! Isteri2 kat luar sana terlompat2, menjerit2 sokong 100% ngan jawapan UAI uh. *termasuk la diri ni..hamboih!! Sronok betol >.<* Haha..

Tapi sekadar ingatan untuk diri sendiri dan isteri2 kat luar sana. Walaupun dah di beri 'green light' berbelanja, tapi jangan lah terlalu boros berbelanja. Memang la duit suami. Tapi suami penat kerja cari duit, sanggup berhujan panas, semata-mata nak mencari rezeki untuk isteri dan anak2. Kesian en.suami kan..kan. 'BOROS BERBELANJA DAN MEMBAZIR TUH DA AMALAN SYAITAN..HARAM, BERDOSA TAU'. Kalau sampai beli baju atau kasut, padahal banyak lagi tak guna, pada pendapat saya, tu tak patut la kan. Guna apa yang ada.

Dalam institusi rumah tangga, kena la pandai berbelanja. Dahulukan mana yang penting, selebihnya boleh la nak penuhi 'kehendak', tapi jangan lah melampaui batasnya. So, isteri2 sekalian, kalau en.suami tak bagi duit tuh, maknanya depa bukannya kedekut..depa fikir untuk masa depan, untuk anak2 nanti. Apa yang saya respect sangat kat makhluk Allah yang bergelar suami ni ialah, depa fikir 'long term' nya plan tau. Kalau isteri, depa fikir masa tuh je.. *saya bukan nak kondem orang perempuan/isteri2..ni pun terkena kat batang hidung sendiri*. Tu apa yang saya nampak pada en.suami saya. Hehe.. *ni yang buat saya bertambah2 sayang kat en.suami*. 

Taknak berceloteh panjang kat sini *study tak habis lagi ni*, next time sambung lagi OK.

Renungan bersama :

'Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya, ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan berjimat cermat membelanjakannya.'

(Riwayat Inbu Majah)


p/s : Moga dapat menjadi isteri yang solehah untuk en.suami.. Ameenn~

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 21, 2012

WORDLESS WEDNESDAY [2]

"Bersamamu serasi, hati dan cintaku bernyawa"

Tuesday, March 20, 2012

TWO IS BETTER THAN ONE

Assalamualaikum w.b.t

'Exam-is-just-around-the-corner'.. How's preparation? Hahaha..no comment. Still struggling for the end posting IM exam, next week..insyaAllah. I'll do my best, and wish me best of luck.. 'to pass medicine, it depends on luck' *betol la orang kata, exam medical paling tak adil...huuu T__T*

Sesambil study, layan lagu dalam lappy neh. Tetiba terdengar lagu 'two is better than one'. Memang layan habis la..hahahaha *kacau mood study hakoo..aiyaa*. Teringat en.suami nun jauh kat sane.. Rindu~ ngee *blushing*.

Tak nak cerita panjang, buang masa... So konklusinye, 'two is absolutely better than one'..hehehe

Daaaahhh, sambung study balik..


Wallahua'lam

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 18, 2012

ON-CALL YANG TENANG

Assalamualaikum w.b.t

Malam yang tenang, wad 6B Hospital Ampang...harap tenang sampai ke esok pagi nya. Hehehe.. Semua doctor berharap camtu, tapi sebaliknya yang berlaku.. Awal pagi confirm akan 'berjoget lambak' dalam wad. Hahaha.. Seronok sebenarnye tengok doctor2 berjoget ni...boleh sampai 'nanges' kot tak tahan T___T.

*tu doctor nye crite.. Meh dengar student nye crite plak*

Yang student nye part plak, takde nye diwajibkan on-call macam doctor tu. Tapi nice experience la kan. Nanti da kerja takde la 'kekok'..masa tu la baru nak belajar amek darah, insert branula, CBD dan macam2 la yang basic uh. Pastu mula la stress kerja. Taknak la nanti stress masa jadi houseman nanti. Actually, seronok sebenarnya kalau manfaatkan betol2 on-call tu.

Ok la.. Taknak merapu banyak pagi2 buta ni. Sambung len kali plak... Daaa

Wallahua'lam

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

FRIENDSHIP


"Friendship is like standing on wet cement. The longer you stay, the harder it's to leave, and you can never go without leaving your footprints behind"

UNTUK SUAMI TERCINTA

"Mencintaimu adalah suatu anugerah, dicintaimu adalah suatu kebahagiaan" 


YUNA - TERUKIR DI BINTANG

LIRIK LAGU


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu,
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba,
"Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia"


Hati ini bukan milik ku lagi,
Seribu tahun pun akan ku nanti
kan... kamu...


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku,
Terukir di bintang "tak mungkin hilang cintaku padamu"




Published with Blogger-droid v2.0.4

SAPE KATE LEPAS KAWEN TAKLEH ENJOY NGAN KAWAN2??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni just nak kongsi cerita semalam. Dari temerloh-ke-hostel kL (12 jam) *wah...giler lama nak sampai hostel..erkk*. Hahahahaha~ Tepat jam 1.o0 petang, kami berenam bertolak dari temerloh *erkk, kantoi tak gi hospital petang..ekekekekeke*, ngan kereta myVi plak uh..hahaha.. Memang kami sangat2 berani, tak takut kena saman polis..hahaha. *lantak la weh, janji sampai kL!!* ^^

Tetiba rasa perjalanan ke kL sangat la jauh..masing-masing tersengguk2 tahan ngantok, ade yang siap lentok elok atas bahu orang tepi *hamboih!! yang ni takleh blaaaa..*, ada lak yang tido ngan sopan nye..hihi *saya la tu =P*. Yang kesiannye, 'driver' la takleh tido...hahahha.. Sowi la ye. Lepas je tol Gombak, kami rehat jap tepi jalan uh...ternampak 'brade' jual eskrem. Hehehe.. 'Eskrem roti enam!!' tersenyum lebar brade jual eskrem uh..hahahaha.

 
Muka kanak-kanak riang bila dapat makan eskrem roti...hehehe~

 
Eskrem roti tuh sedaaaappp~ ^^



Setel part eskrem. Lepas 'drop'kan 2 orang, kami berempat menuju ke Putrajaya..  Kononnye nak tengok belon panas. Hahaha~ Sepetang kami kat sana, belon x naik-baik gak. Mane tak nye, hujan lebat kot, cane belon nak naik. *Hadoooiiihh!! Kuciwa~* 

 
Tak dapat naik belon panas yang betolnyer, yang tipu pun, jadi laaaaaaaaaa... *ni posing sebelum hujan turun dengan lebatnye*

Lepas tu, kami menuju ke Alamanda.. Ramai gak *cuti sekolah..hmmm*. Rewang sana, rewang sini...cuci mata..*takde beli pape pon*, akhirnye kami sampai GSC Alamanda. Hahahaha.. Pe lagi..tengok wayang la. Citer 'JOHN CARTER'. Sangat bes citer ni.. 2 thumbs up. Ada part kelakar, sedih dan macam-macam lagi la. Korang gi la tengok..hehehe.

Rating : 9/10 



K la, setakat tu je la...sambung citer lagi next time


p/s : Dah mintak izin suami, pi enjoy ngan kawan-kawan. Suami saya sangat sporting..ni yang bertambah-tambah sayang kat En.Suami...hehehehe ^^ 



Wallahua'lam



Thursday, March 15, 2012

MAKAN SEDAP ^^

Assalamualaikum w.b.t

Permulaan hari, seperti biasa, dengan 'Bismillah' dan senyuman. Rutin weekdays, follow ward round, clerk new cases and examine patients (dari pukol 8 pg - 5 ptg). Overall berjaya clerk almost 7-9 new cases. *Bagus!! Bangga ngan diri sendiri...walaupun clerk bersama Putri dan Touya*. Balik rumah, mentally and physically exhausted...masing2 KO atas tilam empuk.. *bes giler keyh*

-OK, setel cerita waktu siang...jom kita ke cerita malam nye pula..hahaha-

Sekali sekala belanja kawan, tak salah kan?? Haaaha~ Ni janji lama...baru nak tunaikan. Malam nya saya dan kawan-kawan saya MAKAN SEDAP keyh. Restoran ikan bakar *Yang hampehnye...nama kedai ikan bakar, tapi ikan bakar tak jual...aiyooooo....ammmaaa...appppaaaa... bek toksah letak nama 'ikan bakar' uh.. kecewa, frust nonggeng, tersinggung, sume ade dooowwhh!!* Tapi kami takde la sampai memberontak taknak makan situ kan.. So kami berlagak cool je. Ikan bakar takde, takpe...masakan lain ofkos ada. Malam tu kami makan 'ikan siakap masak 3 rasa, tomyam campur, telur dadar, daging masak merah dan sayur kailan kan masin'. Sangat banyak dan sangat kenyang. Buuuuuurrrpp!! *uupps*. Alhamdulillah...rezeki melimpah~ ^^

Sebelum makan, 'posing' dulu...bukti kami makan sedap...hahahha~


p/s : Balik umah, sekali lagi KO..errkkkkk~ *bila masa study nyer?? @_@*


Wallahua'lam

Wednesday, March 14, 2012

14.03.2012

Assalamualaikum w.b.t 
Agak lama tak update blog.. 2 bulan lebih kot blog ni terbiar. Hehe.. *mud nak ber'blog' hilang la dear...ambil masa yang agak lama untuk mud tu datang balik*

Alhamdulillah, genap 2 bulan bergelar isteri.. So far ok la. Ape? Bes ke tak da jadi isteri orang? Ofkos la bes...kikikiki *gelak jahat*. Kalau nak compare dulu sebelom kawen dan selepas, banyak perbezaan nyer. Sekarang da ada tanggungjawab.. *tanggungjawab sebagai isteri dan juga menantu*. So far alhamdulillah, dapat menyesuaikan diri ngan kehidupan baru...hehe

"To my dear hubby ~Ammar Hussein~, wish u happy 2nd monthiversary.. Love U So Much" 


Ok la..taknak bebel banyak2 kat sini. Next time sambung cerita..




Wallahua'lam








Published with Blogger-droid v2.0.4

WORDLESS WEDNESDAY


"Our moments together are those more colorful, more livid. When we're apart, seems that part of me is gone and, on those moments, I feel an complete despair, counting the minutes until the moment to find myself with you again. "

Published with Blogger-droid v2.0.4