Wednesday, January 11, 2012

IKHLAS

Assalamualaikum w.b.t

Kata-kata hikmah yang nak dikongsi hari ni :

"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."



Wallahua'lam...

Monday, January 9, 2012

5 HARI LAGI

Assalamualaikum w.b.t

[09.01.2012] Homaigod!! hari lagi?! So, weekend ni?! Serious?! *tampar pipi laju-laju..bagi sedar sikit*. Weekend hari tu balik kampung, ada yang tak settle lagi.. Ikotkan hati nak je amek cuti hari isnin *suka-suka hati je*, tapi bila fikirkan kelas, terencat sume hajat uh. *Kelas lagi penting hokeeeyhhh..penentu masa depan*. Bila nak settle? Hahaha~ Malam nak nikah baru saya balik..so settle kan semua uh malam tu je la. *sempat ke?! Huwaaaa~ T_T*. Anyway, yang lain almost all dah settle. Hahaha.. *hati gumbira*. So, menghitung hari je la.. ^^





p/s : En.Tunang da pesan.."Belajar elok-elok...jangan fikir nak kawen jer!!" *Errrrkkkk.. =P*

Wallahua'lam...

DEMI MASA

Assalamualaikum w.b.t

[090112] Da hampir masuk pertengahan bulan January. Alhamdulillah, syukur pada-Nya, masih lagi diberi peluang untuk menikmati hidup kat dunia ni. Sangat-sangat cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik je..!! So far, apa yang dah buat sepanjang bulan ni? Harap apa yang kita buat, dapat mempertingkatkan lagi amalan kita di dunia yang sementara ni. ^^



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu suimber hikmah, menyediakan waktu tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu segala ketenangan jiwa."



Wallahua'lam

Sunday, January 8, 2012

HIDUP

Assalamualaikum w.b.t


Nak share kata-kata hikmah :


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."





Wallahua'lam

Wednesday, January 4, 2012

KISAH POKOK EPAL


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni just nak share ngan korang satu cerita.. KISAH POKOK EPAL ^^

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. 

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.  
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.  
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
  
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.  

Masa berlalu...  

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. 

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. 
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.  

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak  
kembali lagi selepas itu.  


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.  

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.  
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.  
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.  

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.  

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.  

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.  
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. 
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

  
"CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA"
  
 
p/s : Cerita ringkas tapi menarik, penuh dengan pengajaran ^^



Wallahua'lam...

Tuesday, January 3, 2012

1st DAY SURGERY

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni 1st day posting surgery II kat Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh. So, pencapaian hari ni?? Not too bad!! *mendabik dada...haha*. Sudah mencapai target!! *walaupun ada sikit-sikit yang tak ter'buat'..hehe*. Walaupun takde lecturer, InsyaAllah, kami cuba untuk survive kat sini.. Variety of cases yang ada, dan sangat-sangat bagus kalau la ada banyak bedside teaching..hmm~


Alhamdulillah, seawal pagi -o8.1o am-, kami da terpacak kat hospital sampai la ke petang -18.o0 pm- *satu pencapaian yang sangat bagus..tahniah korang!!*. Follow round, orientasi, do clinical work, clerk patient surgery sebanyak mungkin *patient ramai yang refused sebab da di interviewed oleh student U lain*, practice short case, dan jalan-jalan kat wad medical dan O&G wad, cari case menarik untuk long case presentation *study group*. Sangat penat tapi seronok sebenarnye. Hehe ^^. 

Yooossshhh!! Kawan-kawan...berusaha! Tinggal lagi 173 hari nak final pro exam.. Masih belum terlambat!! Yuukk  ^____^



p/s : hari ni saya dapat derma darah setelah beberapa kali cuba..hahaha!! Dapat selamatkan satu nyawa -at least- ^^


Wallahua'lam...

Monday, January 2, 2012

INAI LUKIS

Assalamualaikum w.b.t


Selamat petang semua. Tetiba rasa cam nak kongsi ngan korang pasal inai lukis. Inai lukis?? Pe hukumnya?? Ramai yang cakap hukumnya HARAM...sebab menyerupai tatoo. Tapi ramai pengantin-pengantin perempuan sekarang ni still pakai inai lukis masa majlis. Hmm.. Lelaki pakai inai, pun HARAM sebab inai ialah perhiasan wanita. Benda ni still blur, last-last saya terjumpa la satu laman web yang boleh dipercayai sumber nya, tentang hukum inai bercorak..

HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENGIKUT SYARAK


Sumber 


Konklusi : 

1. Pemakaian inai corak di tangan dan kaki diHARUSkan bagi wanita selagi mana tidak menimbulkan fitnah, inai tidak menyerupai corak binatang, dewa, ajaran atau apa jua yang bertentangan dengan syarak *ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan dibenarkan*. [terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja]

2. Pemakaian inai bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali hanya pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


-sharing is caring-


Wallahua'lam...



MENGHITUNG HARI

Assalamualaikum w.b.t

[020112] Sudah masuk hari ke-dua tahun baru. Sangat cepat dan pantas masa berlalu. Homaigod...!! lagi 12 hari?? *termasuk hari majlis* Minggu ni..then next week..weekend, hari sabtu?? Huwaaaaa... *saya da start nervous, palpitation*. Kalau bride-to-be kat lua tu, mesti da busy tahap cipan buat persiapan kawen but me....hahahaha...duduk, goyang kaki kat hostel *sambil layan benda-benda tak berpekdah ni ha..eerrkk*, hitung hari. Not A Typical Bride-To-Be hokeeyhh!! Orang lain berkejar sana-sini, saya busy ngan handphone 'cikai' saya *bukan asyik gayut-gayut ngan En.Tunang k..sekiusme!*. Call kampung la, camne da persiapan. Hanya mampu bagi arahan dari jauh..dan tahu sikit-sikit apa yang dah jadi kat kampung uh..huuu~

Preparation kawen ni memang da buat awal-awal sebab dah tahu takde cuti *maklum lah..student lagi kan..busy ngan kelas, clinical work..haih*. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ada la sikit-sikit yang belum setel sepenuhnya dan InsyaAllah akan 'menyetel'kan semua tu hujung minggu ni. *saya balik kampung...yeaaa!*. 

Tu je nak bagitahu... Menanti hari-hari yang mendatang dengan penuh sabar, excited. ^^




Wallahua'lam...

Sunday, January 1, 2012

TEMAN

Assalamualaikum w.b.t

Bila duk sorang-sorang, sendirian dalam bilik, bertemankan semut-semut, lipas, cicak *eewwwwwwww...*, tetiba teringat kat housemate dan roomate saya. *bila hangpa suma nak balik??..huuu~ sunyi tahap cipan da ni*. Hmmm, tu la penting nya seorang teman. Duk jalan-jalan, ngintai-ngintai blog orang lain, ada la terjumpa entry pasal coretan buat teman. ^^ [Copy n paste]

"Betapa untungnya diri kita apabila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri
persahabatan dan memahami antara satu sama lain...
berdoalah moga-moga kita dikurniakan sahabat sedemikian...
InsyaAllah...
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui...
Untungnya mempunyai sahabat yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya, sama ada pada
waktu susah atau senang, suka mahupun duka. 
Sahabat yang sentiasa mendengar luahan kita, segala rasa kecewa, harapan mahupun impian.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga kita terlupa sahabat kita juga mempunyai cerita dan luahan yang ingin dikongsi bersama.
Pernahkah kita memberi sahabat kita peluang untuk 
menceritakan masalah
yang dihadapinya?? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dijadikan tempat bersandar
bila lemah, agar tidak rebah??
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari hanya bercerita...

Ambil masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
kerana dia juga manusia biasa.
Sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan...
Dia juga mempunyai kelemahan diri sepertimana juga kita.
Jadilah kita setia kepada sahabat yang setia dengan kita.."


p/s : terima kasih kerana sudi menjadi sahabat setia saya ^^


Wallahua'lam..

01.01.2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Tahun 2011 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2011 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Di mana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru. *termasuk la saya @_@*

Sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun lepas. Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas ataupun tidak? *hmm, berfikir sejenak!*

Apa-apa pun, tak salah kita membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi jangan kita lupa mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut ^^. Sama-sama kita muhasabah diri.


"Masa lalu adalah kenangan, Hari ini adalah goresan, 
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2012, Selamat tinggal kenangan, 
Selamat datang harapan."



p/s : Moga tahun baru ni [2012], lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah..


Wallahua'lam...