Sunday, June 26, 2011

MOTHER KNOWS BEST

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur ya Allah, still diberi peluang bernafas dan diberi kekuatan untuk meneruskan hidup hari ni. *moga masih ada peluang untuk hari esok, lusa dan seterusnya*. Hope today is better than yesterday!! ^^

Sepanjang minggu ni, banyak dugaan dan ujian menimpa dan Alhamdulillah, so far still mampu untuk bertahan. Teringat ada terbaca 1 artikel kat laman web [iluvislam.com] bertajuk 'Lagi sayang, lagi diuji' *nak tahu kisah selanjutnya, boleh refer web sana*.

Ok, kembali ke tajuk asal...

Seperti korang sedia maklum, beberapa hari ni, hati ni aku ni sangat2 rapuh..cepat sensitive..mudah terasa..*mesti korang bosan kan...asyik gitao benda sama je..suka hati aku la, blog aku!! >.<* Hari2 masa habis ngan terperuk dalam bilik, termenung *kadang2 nanges T_T*, x bergaul ngan orang luar, kurang cakap dan muka asyik sedih, moyok. Sehingga ada yang perasan perubahan aku yang boleh dikira sangat2 drastik. Mak abah risau tengok aku camni. Bertubi2 pertanyaan abah, samada aku ok ke x. Macam biasa, aku just senyum dan jawab xde pape. Tapi mak nekad *teros terjah aku*, there must be something happened to me!! Haih...mak mak...memang la... Gothel was right, MOTHEEEEEEEERRR KNOWS BEST!! *terngiang2 lagu tu kat telinga*. Memang ada something, tapi aku rasa it's better to keep it secret mom. Xnak mak abah risau sangat *Anak mak ni dah besar, boleh fikir sendiri, boleh selesai sendiri pe masalah pun*. Apa2 pun, sangat terharu sebab masih ada yang sayang dan ambil berat pasal aku. Thanks a lot mak, abah..sob..sob *errkk, sempena mother and father's day*.


Anyway, don't worry...everything will come back to normal...soon!! Hope for the best...InsyaAllah.. pray for me ^^.





Semoga kekuatan yang ada sekarang ni berkekalan supaya mampu untuk menempuh hari2 yang mendatang *hidup yang penuh ngan cabaran*. InsyaAllah..

Jazakallah. Salam




Bye...

UJIAN

Salam..


Just nak share ngan korang!!

___________________________________________________

Susahnya rasa. Rasa hidup seorang diri. Tiada keluarga dan kawan yang yang boleh diharap. Tiada siapa yang dapat membantu. Tiada siapa yang nak menghulurkan bantuan.

Hidup terasa tidak bermakna lagi. Lupa yang Allah tu sentiasa ada sebenarnya. Dekat, tidak pernah jauh. Kita yang menjauhkan diri dariNya. Bila ujian terasa berat sedikit, mulalah dalam hati menyalahkan takdir. Lupa, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Percayalah, setiap ujian Allah itu, menuntut kita menjadi lebih baik.



Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

( Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)


www.iluvislam.com

___________________________________________________




Bye

Saturday, June 25, 2011

IT HAPPENS AGAIN!!

"Ku sangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis... rupanya gerimis mengundang,
Dalam tak sedar ku kebasahan"

Sangat2 penat bermain dengan perasaan!! T_T





Wahai insan bernama teman *sape2 yang rasa dia kawan aku*, hiburkan la hati ni...but please, don't ask me why or what had happened to me. Just cheer me up. Really need u all right now...Huuuuwaaaaaa~ T_T






Could someone just lend me a friendly shoulder to cry on?.

Thursday, June 23, 2011

TATAPAN BUAT TEMAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur kerana kita diberi peluang untuk bernafas lagi hari ni. Esok, lusa ntah la..masih diberi peluang lagi ke? *ajal maut di tangan-Nya*. Pagi ni aku bukan nya nak bagi tazkirah ke ape *aku bukannya ustazah...ilmu agama aku sangat la cetek berbanding dengan teman2ku yang lain*. Aku just nak share ngan korang pasal satu artikel ni.

Tadi aku ada terbaca kat laman web [www.iluvislam.com], mengenai Bahasa Arab. Aku xnak ulang benda yang sama, korang boleh refer je kat web tu ye.

Dulu masa sekolah dulu2, pernah aku tertanya diri aku sendiri. Kenapa aku kena belajar Bahasa Arab?? *sebab aku belajar sekolah agama dulu...wajib amek Arab. Ok2, aku terima reason uh.* Tapi penting ke untuk masa depan aku?? Kalu aku nak jadi cikgu ke, doktor ke, nurse ke, arkitek ke, x perlu rasa nya Bahasa Arab uh. Lain la kalau nak jadi ustazah/ustaz ke kan. *oh, tersangat la tolol aku time uh..boleh plak fikir camtu..haiyaa*. So, pas SPM ngatkan xyah belajar Arab da. Hoooreeyy!! *masa tuh la...zaman budak hingusan*. Tup tup, dapat sambung belajar tamhidi [1 tahun] *matrik la...toksah ternganga2 camtu* dan degree [6 tahun] kat Universiti Sains Islam Malaysia [USIM]. Kat sana Bahasa Arab subjek wajib universiti. Nak xnak kena la belajar. *Uish, honestly memang hati x berapa ikhlas nak belajar arab lagi...ish ish, x patot la*. Bila da lama belajar sini baru aku sedar betapa penting nya Arab ni. Bagi korang yang xtao uh, Arab ni bahasa Quran *yang kita2 duk baca hari2 uh* dan bahasa syurga. Alangkah bertuahnya aku dapat belajar bahasa syurga ni.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Az-Zukhruf 43:3 )


Ekceli sangat2 susah nak belajar bahasa ni *de orang kata, bahasa Arab merupakan bahasa yang paling susah nak belajar...betol ke??*. InsyaAllah, kalau kita bersungguh2 nak belajar, nak faham, akan dipermudahkan. Sekarang nak kata terer tu x la..faham sikit2. Memandangkan kat U, subjek Hafazan adalah wajib, so bila dah faham sikit2 Arab, Insyallah senang nak hafaz Quran, dan dapat faham makna sekali. Syukur x terhingga, aku kat USIM sekarang!!

Apa2 pun, tak kira apa bidang yang korang ceburi, kena la bersungguh2, jangan cepat putus asa ye kawan2. Kerana ilmu yang bermanfaat itu bukanlah ilmu agama sahaja tetapi segala ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T juga ilmu yang membentuk peribadi mulia dalam diri. Walau dalam bidang apa sekalipun, peganglah prinsip belajar kerana Allah. Itu kekuatan selamanya.

Aku suka Quote ni : [link]

"Jika anda bakal seorang USTAZ ATAU USTAZAH kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika anda bakal seorang DOKTOR, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan. *Pesanan untuk teman seperjuanganku...yukkkk!!*

Jika anda bakal seorang ARKITEK, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?

Jika anda bakal seorang JURUTERA, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.

Jika anda bakal seorang JURUTERBANG, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang KAUNSELOR, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang PAKAR BAHASA INGGERIS, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T."


Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'. Jazakallah. Salam



Bye

Wednesday, June 22, 2011

RENCAH KEHIDUPAN

Salam..

Dah beberapa hari tak update blog. Dan beberapa hari gak, mood aku x berapa baik. Otak celaru, hati resah, x tenang, emo x stabil. Tapi sekarang..alhamdulillah..semua nya dah kembali seperti biasa. Biasalah, rencah kehidupan...kadang2 up, kadang2 down, kadang manis2, kadang2 pahit. Bak kata *sape ntah*, warna warni kehidupan..Kalau hidup kita ni xde warna warni, plain je...x seronok la kan. *Yee2, aku agree!!*

Yang x tahan nye, time manis uh, memang x ingat dunia. Rasa cam duk dalam dunia sendiri. Ala2 *dunia ini aku yang punya*. Tima manis gak la kalau nak tengok senyum sampai telinga, tersengih2 *nampak semua barisan gigi yang putih melepak*, hati riang berbunga2, muka bercahaya, mata bersinar2..Rasa nak menjerit, nak gitao satu dunia *aku la yang paling hepi, bahagia kat dunia ni*.


Tapi bila pahit, sedih, rasa cam dunia ni nak kiamat, hidup x bermakna. Kalau bumi ni segi empat, nak je menyorok kat bucu2 bumi..biar xde sape yang jumpa.. *ok2, impossible..!!*. Time ni muka monyok *cam baru kematian kucing kesayangan*, mata lak asyik nak nanges je.. pastu terperuk dalam bilik, layan perasaan sorang2. Kalau bagi orang yang otak nya dah x waras, boleh sampai tahap nak bunuh diri... *huish, mintak jauh la..nasib baik aku still waras*


Apa2 pun, yang penting
SABAR!! Sabar hadapi semua ni.. bila satu2 kejadian pahit atau sedih berlaku ke atas kita, just fikir, mungkin Allah nak menguji kita..nak tengok sejauh mana iman kita, sejauh mana kesabaran kita. Allah xkan menguji seseorang hambanya di luar kemampuannya. InsyaAllah, segala yang pahit berlaku tu, ada hikmah di sebaliknya.. Jazakallah. Salam





Bye...

Sunday, June 19, 2011

LAMBAIAN PINTU RAUDHAH

Salam..


Just nak share ngan korang!!

_________________________________________________________________

Seorang jejaka muda, tampan, sasa dan bergaya. Kehadirannya di lapangan terbang yang paling berprestij di Malaysia menarik perhatian seluruh mata yang memandang. Setiap derap langkah kakinya menjadi perhatian setiap telinga yang mendengar.

"Sungguh hebat jejaka itu. Beruntung sekali wanita yang dapat berjalan bersama di sisinya. Andai saja dia menjadi milikku....,"Itulah kata-kata yang kini membisik di hati setiap wanita yang terpandang akan susuk yang gagah lagi bergaya itu.

Namun di sebalik segala kemewahan yang ditonjolkan oleh jejaka tersebut, tersimpan sejuta rahsia yang tidak mungkin terungkai oleh siapapun. Begitu hebat sekali "topeng" yang dia kenakan."Topeng" yang telah membutakan seluruh mata yang memandang.

Azam yang dahulunya hanya seorang pemuda kampung. Pemuda kampung yang bekerja keras membanting tulang di bawah terik mentari. Pemuda kampung yang sering memecahkan keheningan subuh dengan laungan azan yang sungguh merdu. Laungan azan yang mengusik setiap jiwa yang merindukan kasih Allah. Laungan azan yang menyedarkan setiap manusia akan kewajipannya terhadap Yang Maha Esa.

Betapa dirinya dahulu menjadi sanjungan kepada pemuda-pemuda yang lain di atas segala kelebihan dan ilmu yang ada padanya. Tidak kurang juga para ustaz yang sering menjadikan Azam sebagai tempat rujukan. Azam adalah seorang pemuda soleh yang berilmu dan berwibawa.

Pemergian Azam memberikan kesan yang besar kepada Kampung Seri Pinang serta seluruh jiwa yang bernafas di dalamnya. Tidak ada lagi suara merdu yang memecahkan keheningan pagi dan tidak ada lagi bicara agama buat santapan rohani. Pemergian Azam menjadikan kampung yang dahulunya berseri kini sunyi sepi.

Kini, setelah hampir lima tahun menuntut di luar negara, Azam kembali sebagai seorang insan yang serba baru. Kepulangannya ke kampung halaman sudah lama ditunggu-tunggu. Betapa penduduk di kampung tersebut rindu akan kepulangan Azam. Rindu akan suaranya, rindu akan bicaranya, rindu akan wajahnya yang sentiasa tenang dan bercahaya.

Azam tersenyum puas. Sudah lima tahun dia menahan gelodak jiwa yang ingin sekali bertemu dengan keluarga tercinta. Kampungnya masih seperti dahulu. Tidak berubah walau sedikitpun. Cuma kini, ada sedikit kesunyian terasa. Mungkin kerana anak-anak muda yang lain sudah berpindah ke kota besar untuk mencari kerja dan meneruskan pelajaran. Azam merupakan salah seorang dari mereka.

Rumah besar yang beratap biru tersebut ditenungnya lama-lama. Warnanya sudah semakin pudar, sunyi dan langsung tidak ada seri lagi pada pandangannya.

"Mak, ayah! Azam dah sampai!" Nyaring sekali suara tersebut. Mak Kiah yang baru saja selesai menunaikan solat Zuhur cepat-cepat melipat sejadahnya.

"Azam! Azam anak mak!" Bercucuran air mata Mak Kiah apabila terlihat akan susuk yang cukup dikenalinya itu. Air mata rindu itu tidak berhenti-henti mengalir lewat matanya yang sudah agak cengkung dimamah usia. Susuk anak muda itu didakapnya erat. Tidak akan dia lepaskan lagi. Rindunya seorang ibu terhadap anaknya, Azam sehingga hampir sebulan dia terlantar sakit di hospital.

Azam segera melepaskan dirinya daripada dakapan ibunya. Dia kelemasan. sepertinya ada sedikit ketidakselesaan di wajah tampan itu. Namun, dia cuba untuk menyembunyikannya bimbang disedari oleh ibunya.

"Ayah mana, mak? Mak sihat? Dah lama Azam tak tengok mak. Semakin cantik pulak mak Azam ni," Azam cuba untuk bergurau. Mak Kiah tersenyum senang. Azam masih tidak berubah di matanya. Masih seperti Azam yang dahulu. Masih pandai bergurau dan mengambil hatinya. Betapa dia kasihkan Azam. Anak kecil yang ditinggalkan di depan rumahnya. Anak kecil yang diasuhnya dengan penuh cinta dan kasih sayang. Anak kecil yang dia sendiri tidak tahu siapa ibu serta bapa kandungnya.

Namun, semua itu tidak pernah Mak Kiah jadikan sebagai alasan untuk tidak memberikan Azam kasih sayang serta seluruh perhatiannya. Naluri keibuannya yang begitu kuat menjadikan dia mendidik azam dan membesarkannya sehingga Azam menjadi seorang manusia yang berjaya pada hari ini. Begitu dia kasihkan Azam meskipun keputusannya untuk menjadikan Azam sebagai anak angkat pada awalnya mendapat tentangan hebat daripada suami tercinta suatu ketika dahulu.

"Ayah mana, mak?" Sesekali pertanyaan itu diajukan kepada ibunya. Mak Kiah tersenyum lagi.

"Ayah di rumah Ustaz Kassim. Ada hal di sana. Sebentar lagi dia baliklah. Ayah pun dah tak sabar mahu berjumpa dengan Azam. Semalaman dia tak tidur sebab menunggu kepulangan kau. Dia dah berubah, nak. Dia tak macam dulu lagi. Dia dah boleh terima kau," Panjang sekali jawapan yang diberikan oleh Mak Kiah. Sesekali dia terbatuk kecil.

"Baguslah kalau macam tu," Pendek saja jawapan Azam. Sebenarnya dia agak kepenatan. Berjam-jam berada di dalam kapal terbang menjadikan tulang belakangnya sedikit kaku. Dia segera menuju ke biliknya. Mak Kiah hanya mampu tersenyum. Azam memang selalu begitu. Kadangkala dia periang. Ada pula waktu-waktunya dia boleh menjadi seperti tadi. Acuh tidak acuh saja.

Namun, Mak Kiah tidak pernah sedikitpun berkecil hati dengan sikap Azam yang sentiasa berubah-ubah dan kadangkala sukar difahami. Baginya Azam anak yang soleh dan taat. Apa jua kesalahan Azam sentiasa mendapat keampunannya. Mak Kiah tidak sanggup melihat Azam menderita hanya kerana dosa-dosanya terhadap seorang ibu sepertinya. Sungguh kasihnya dia pada Azam sehingga dia sanggup berkorban nyawa untuknya.

Malam itu, Ustaz Akhil bersiap sedia untuk ke masjid seperti biasa. Dia menjadi agak terkilan kerana ajakannya ke masjid tadi petang ditolak bulat-bulat oleh Azam. Namun begitu, dia tidak akan mudah menyerahkan emosinya kepada Syaitan yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugasnya. Dia cuba untuk menjadi seorang ayah yang memahami. "Mungkin Azam masih kepenatan," Begitulah fikirnya.

Perut yang sudah berkeroncong memaksa Azam keluar dari biliknya. Mak Kiah sudah lama duduk di dapur menunggu Azam.

"Makanlah, nak. Ayah kau baru je ke masjid tadi. Duduk sini, biar mak yang teman kau malam ni," Lembut sekali bicara Mak Kiah. Sepertimana dia sering menemani Azam makan di waktu-waktu kecilnya dahulu, seperti itu jugalah dia akan terus menemaninya sehingga ke hari ini.

Azam duduk di sisi ibunya. Perlahan-lahan dia mengunyah lauk yang masih bersisa di dalam mulutnya. Mak Kiah hanya mendiamkan diri. Dia masih berkira-kira sebenarnya, bagaimana harus dia mengkhabarkan berita itu nanti. Bagaimana pula penerimaan Azam nanti?

"Azam, mak ada sesuatu nak bagitahu kau ni," Perlahan-lahan Mak Kiah mengatur kata-katanya. Azam masih menumpukan perhatian terhadap santapannya malam itu. Dia merenung Mak Kiah sejenak.

"Pagi tadi ayah kau pergi jumpa Ustaz Kassim. Dia... Dia pergi pinangkan Laila buat kau. Kau..."

Belum pun sempat Mak Kiah menyambung bicaranya, Azam sudah tersedak di sisinya. Mak Kiah sedikit terkejut. Reaksi seperti itu memang sudah dia jangkakan.

"Mak! Kenapa tak bagitahu Azam dulu? Macam mana Mak ni? Janganlah buat Azam macam ni. Tak boleh! Azam tak setuju!"

Mak Kiah sedikit terkejut. Memang selama ini Azam pernah memberontak, tetapi tidak pernah sekalipun Azam meninggikan suara terhadap dirinya. Mak Kiah sedikit tersentak. Tersentak dengan perubahan Azam yang agak mendadak. Sebenarnya, sejak Azam sampai petang tadi lagi Mak Kiah sudah musykil. Musykil terhadap sikapnya yang aneh dan agak pemarah. Sikap Azam terhadap ayahnya tadi petang juga sudah agak kasar.

"Kenapa, nak? Kau tak suka ke? Laila tu baik orangnya. Sopan pulak tu. Tak macam kebanyakan budak perempuan di dalam kampung ni. Beruntung kau kalau dia jadi isteri kau, nak," Mak Kiah masih cuba untuk meyakinkan Azam untuk menerima keputusan yang telah dibuat oleh suaminya seminggu sebelum kepulangan Azam.

"Azam tak nak. Mungkin Azam tak pernah bagitahu Mak lagi sebelum ni. Mak, Azam dah kahwin. Azam kahwin di sana. Dengan seorang perempuan yang menuntut satu kolej dengan Azam. Dah dua tahun kami berkahwin."

Mak Kiah terkejut besar. Matanya yang tadinya kuyu kini besar dan bulat. Azam ditatapnya lama-lama. Di sebalik kesedihan yang sedang berkubu di hatinya kini, ada sedikit kegembiraan yang sedikit sebanyak menenggelamkan kesedihan itu. Kegembiraan untuk mengetahui bahawa ada menantu yang akan Azam bawa ke rumahnya nanti. Mak Kiah memaniskan mukanya. Dia tidak mahu kelihatan terkejut di depan Azam. Mak Kiah menguatkan dirinya untuk terus bersuara.

"Siapa menantu Mak ni? Macam mana orangnya, nak? Paling penting, sudahkah kau Islamkan dia sebelum kau mengahwininya?

Soalan terakhir itu sebenarnya tidak perlu untuk ditanyakan lagi kerana Mak Kiah pasti bahawa wanita tersebut sudahpun diIslamkan sebelum Azam mengahwininya lagi.

"Tak. Maksud Azam, dia bukan Islam," Selamba Azam menjawab pertanyaan ibunya.

Mak Kiah sedikit kehairanan. Bagaimana bisa Azam mengahwini seorang wanita bukan Islam? Dia menjadi bertambah musykil. Namun, Mak Kiah tidak sewenang-wenangnya menyerang Azam dengan seribu pertanyaan yang mungkin akan merunsingkan anak itu. Betapa besarnya kasih Mak Kiah terhadap Azam. Mak Kiah masih memberi ruang kepada Azam untuk sebarang penjelasan.

"Sebenarnya... Azam 'convert', Mak."

Sebaik sahaja Azam menghabiskan kata-katanya, satu tamparan hebat singgah di pipi kanannya. Azam terjelepok di atas lantai. Tanpa disedari, Ustaz Akhil sudah lama mencuri dengar akan perbualan kedua-duanya. Sudah setengah jam Ustaz Akhil berdiri di sisi pintu rumah sambil menahan kemarahannya. Begitu dia hampir hilang sabar saat Azam mengatakan bahawa dia sudah pun berkahwin di sana.

Ustaz Akhil langsung tidak menyangka bahawa anak yang selama ini taat dan patuh terhadapnya akan membelakangkan dirinya sebagai seorang ayah. Paling memedihkan hatinya adalah untuk menerima hakikat bahawa anak yang selama ini dia didik dengan segala ilmu agama dan ukhrawi yang ada pada dirinya kini sudah berani membelakangkan Allah. Penciptanya sendiri. Anak itu kini sudah selayaknya dia bunuh sahaja.

Ustaz Akhil sudah tidak boleh bersabar lagi, lengan Azam ditariknya keras. Diseretnya Azam ke luar pintu lalu ditolaknya ke luar rumah. Mak Kiah sudah tidak berdaya lagi. Sungguh dia ingin sekali membantu anak kesayangannya itu. Namun, untuk berdiri saja dia sudah tidak mampu. Hakikat itu terlalu berat untuk dia terima. Dari tadi, dia hanya mampu berdoa agar kesilapan terbesar Azam itu diampunkan, agar dibukakan hati Azam untuk kembali ke pangkal jalan.

"Kau keluar dari rumah aku ni! Mulai dari hari ni, jangan kau berani jejakkan kaki ke tanah ni lagi. Jangan kau berani lagi datang ke kampung ni! Kau pergi sekarang! Sekali lagi aku nampak kau datang ke kampung ni, akan aku pancung kepala kau dengan parang besar aku kat belakang rumah tu! Anak tak mengenang budi! Kalau tak kerana takdir Allah kau dibuang kat depan rumah aku ni, dah lama kau mati agaknya. Bila dah besar macam ni, kau murtad pulak! Ingat pesan aku ni! Selagi kau tak bertaubat, selagi kau tak kembali pada agama kau, selagi kau tak mintak keampunan Pencipta kau, jangan kau mengaku pernah jadi anak aku! Sekarang kau pergi! Kau pergi!!!"

Bergema kampung itu dengan suara Ustaz Akhil yang gegak gempita kuatnya. Hampir terangkat atap rumahnya yang sudah rapuh itu. Kini, satu kampung sudah tahu bahawa pemuda yang dahulunya sering menjadi penyeri kepada surau-surau serta masjid seluruh kampung sudah tidak lagi boleh diharapkan. Dia sudah MURTAD. Dosa besar yang sukar sekali mendapat keampunan Allah andainya dia tidak bertaubat tepat pada waktunya. Bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat yang sebenar-benarnya.

Menyirap darah muda Azam apabila menerima tamparan daripada bapanya tadi. Kata-kata yang diucapkan oleh Ustaz Akhil sebentar tadi langsung tidak masuk di kepalanya. Dia terlalu marah. Marah kerana ayahnya sudah berani menamparnya. Selama ini, tidak ada satu insan pun yang berani menyentuhnya, apalagi untuk menamparnya. Dia dibesarkan dengan penuh cinta dan kasih sayang. Kasih sayang daripada seorang ibu mulia seperti Mak Kiah. Namun, ternyata kasih sayang itu langsung tidak dihargainya. Dia kini sudah menjadi anak yang biadab serta kurang ajar.

Betapa Azam kini sudah jauh berubah. Dia kini sudah berani berfikiran seperti itu. Tinggal jauh daripada pengawasan kedua-duanya orang tuanya menjadikan Azam seorang pemuda yang liar. Pemikirannya kini sudah dijajah oleh bahana yang datang dari dunia barat. Azam sudah lama mati. Kini yang tinggal hanyalah seorang jejaka yang sudah mati hatinya. Seorang jejaka yang sudah lupa siapa dirinya sehingga dia lupa akan Penciptanya.

Azam sudah tidak peduli lagi. Dia segera lari meninggalkan rumah usang tersebut. Langkahnya dilajukan kerana dirinya kini sudah menjadi tumpuan penduduk kampung. Dia malu. Bukan malu kerana dosanya kepada Allah, tetapi malu kerana maruahnya tercalar dek kerana ditampar oleh ayahnya sendiri. Betapa tingginya ego anak muda itu.

Mak Kiah yang sedari tadi kaku di sisi suaminya terus berlari ke luar rumah. Dilihatnya Azam semakin jauh meninggalkannya. Dia cuba berlari sepantas mungkin. Setelah lima tahun Azam pergi, tidak mungkin dia boleh kehilangan Azam sekali lagi.

"Azam! Azam anak mak! Jangan pergi, nak. Jangan tinggalkan Mak. Mak sayangkan kau. Kau tetap anak mak!" Laungan tersebut kedengaran sayup-sayup dari kejauhan. Azam yang sedang dikuasai kemarahan langsung tidak mempedulikan ibunya lagi. Ibu yang dahulu bersusah payah membesarkannya. Ibu yang dahulu seringkali mempertahankannya sewaktu dia pernah dihina kerana statusnya sebagai anak kutip. Ibu yang kini sudah tidak wujud lagi di hatinya.

Azam segera masuk ke dalam teksi yang berhenti betul-betul di hadapannya. Mak Kiah cuba menahan anaknya. Ditariknya tangan Azam dengan kuat sekali. Namun, dengan penuh rasa marah, Azam menendang ibunya. Tendangan yang sungguh kuat. Cukup kuat sehingga jasad tua itu tergolek ke tengah jalan lalu...

Zappppppp!!!! Jasad tua itu terpelanting beberapa meter jauhnya. Azam tergamam. Perlahan-lahan dia keluar dari teksi. Perlahan-lahan dia menuju ke arah jasad yang sudah berlumuran darah itu. Jasad itu masih bernyawa lagi. Masih bergetar-getar.

Azam mula tersedar. Tersedar dari amuknya sebentar tadi. Dia sudah dapat melihat wajah ibunya kini. Ibu yang sebentar tadi dia anggap sudah mati akibat terlalu marah dan terlalu ikutkan hati yang sudah dikuasai Syaitan. Jasad lemah itu dirangkulnya perlahan-lahan.

"Mak! bangun, mak! Jangan tinggalkan Azam! Azam dah tiada sesiapa lagi selain mak. Ampunkan Azam, mak. Ampunkan Azam...," Azam merintih tidak berhenti-henti. Digoncang-goncangnya jasad lemah itu. Mak Kiah masih cuba untuk mengumpul tenaganya yang masih bersisa. Ingin sekali dia meninggalkan sedikit pesanan buat anak itu. Pesanan buat yang terakhir kalinya. Dengan segala kudrat yang masih ada, Mak Kiah cuba bersuara.

"Azam... Tolonglah dengar dan ingat pesan mak yang terakhir ni, nak. Bertaubatlah Azam. Kembali pada Allah. Kembali pada agamamu. Mak tak mahu kau tersiksa kelak. Tolonglah bertaubat. Sebelum mak pergi... Janji dengan mak, nak... Jangan kau risau. Dosa kau, dari kecik sampailah sekarang, mak ampunkan semuanya... Syurga mak masih buat kau, wahai anakku... Sekarang ni, kau minta ampun pada Allah... Minta ampun pada Dia..."

"Mak... Masihkah ada Syurga untuk Azam? Masihkah ada ruang di sisi Allah untuk orang yang berdosa besar seperti Azam?" Azam terus merintih sedih. Sungguh dia kini menyesal di atas segala perbuatannya. Allah telah menunjukkan balasan kepada dosanya dengan mengambil nyawa insan yang paling dia sayang. Andai saja waktu bisa diundurkan semula. Pasti dia tidak akan membiarkan dirinya jatuh di dalam jurang itu. Jurang yang dipenuhi Syaitan laknatullah.

"Kau bertaubatlah, nak... Jangan kau ulang lagi perbuatan kau ni... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sebesar apapun dosa kau, andai kau benar-benar bertaubat, percayalah nak... Masih ada Syurga buat kau..."

Azam mendengar syahadah terakhir yang diucapkan oleh ibunya. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Jasad ibunya masih lagi erat di dalam pelukannya. Pandangannya berpinar. Tatkala itu juga, dia rebah di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa itu...

www.iluvislam.com

_________________________________________________________________



Bye