Tuesday, June 14, 2011

BLUE LAGOON BEACH, PORT DICKSON

Salam..

Hari seterusnya, kami plan nak pi PD (Port Dickson). Awal pagi bangun kol 8.00 am. Ofkos mandi dulu la *walaupon nanti kat PD nak mandi lagi...ekekeke*. My lil sis and bro x mandi, depa nak mandi kat sana. Excited bukan main diorang nak main air.

Mak abah awal pagi da pi pasar Rembau cari bekal makanan nak bawa pi PD. Mak beli nasi lemak, buah2, roti dan kuih2 sikit. Aku kat rumah just masak sardin, nak wat sandwich. Da selesai semua, masing2 da bangun, siap2 nak pi...barang2 semua dah pack masuk kereta, kami gerak dalam kol 10.00 am. Tetiba teringat tikar plak xde...xkan nak duk atas pasir kan. Hahaha.. Nasib baik rumah yang kami tinggal uh, belakang pasaraya... Singgah la sekejap beli tikar. Semua da setel, teruskan perjalanan ke PD.

Tempat yang kami tuju uh, Blue Lagoon Beach, Port Dickson. Sebab tempat satu lagi uh komfem ramai, cuti sekolah kan. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari rumah, dengan bantuan GPS dalam handset aku, kami x sesat pi sana. Sampai je kat Blue Lagoon Beach uh, mahu x terkejut kami...sangat2 ramai orang kat sana. Nak parking kereta pun susah. Nasib baik tetiba ada kereta nak keluar..bertuah betul nasib kami. Terus dapat parking kereta... Suka3!!

Gambar ehsan dari En.Google. Hari tu x dapat amek gambar sebab memory card kamera full. Ni tempat parking kat Blue Lagoon. Dalam gambar ni kereta sikit je.. Hari tu, memang berlapis2 kereta, xde tempat nak parking *tempat parking kecik sangat la....kena besarkan sikit..hmm*


Da park kereta, cari tempat untuk landing2 plak. Sangat susah kot nak cari, memandangkan semua tempat2 teduh dah di penuhi oleh pengunjung2 yang datang awal. Adoih la.. Beberapa minit kemudian, kami pun bertapak la kat bawah pokok tepi uncle cina jual eskrem. Agak teduh la.

Gambar ehsan dari En.Google. Lebih kurang camni la suasana kat pantai masa tu. Susah nak cari tempat nak bersantai2

Da angkat semua barang, kami makan dulu la. Masing2 da lapar, x makan lagi sejak pagi. Habis makan my lil sis and bro ajak main pantai. Bukan main hepi depa dapat main air. Muka masing2 da hangus terbakar *sunburn*. Mana x nye, diorang main ait masa matahari terpacak atas kepala, air pantai surut.

Gambar ehsan dari En.Google. Lebih kurang camni la suasana tepi pantai masa tu. Orang sangat2 ramai. Air surut. Nak main air, kena pi nun jauh sana...

Petang sikit lebih kurang kol 3.30 pm...aku, mak dan adik perempuan aku turun sekali. *aku siap pi beli seluar kat kedai sana...ekekeke...ingatkan xnak mandi, jeles tengok adik2 hepi main air*. Air da start 'pasang'. Sampai paras dada. Cuaca pun da mula teduh sikit. Time ni la nak main2 apa yang ada kat sana. Yay~

Gambar ehsan dari En.Google. Kami dapat naik ni.....ape?? BANANA BOAT. Yay!! Sangat2 best. Kalau next time datang sini, nak naik benda ni lagi...lagi...dan lagi!! My lil sis and bro x dapat naik sebab diorang kecik lagi. Uncle yang incharge boat ni x kasi. Kesian depa. Dapat tengok dari jauh je la. Nanti da besar, kita naik lagi yer!! =)

Sedar x sedar sampai kol 6.00 pm kami lepak kat sana. Masing2 gi mandi tukar baju, sementara abah *awal2 lagi da siap2*, kemas2 barang masuk dalam kereta. Masing2 da siap, kami pun balik rumah. Dalam perjalanan kami singgah masjid, solat.

Lepas tu, terus balik rumah..eh, singgah beli makan malam dulu, pastu balik makan kat rumah. Lepas makan dan solat, masing2 penat main air siang td, tido awal. Esoknya kena bangun awal, nak balik Terengganu da.




Citer sambung esok =)



Bye

No comments: