Showing posts with label review wed. Show all posts
Showing posts with label review wed. Show all posts

Monday, June 18, 2012

REVIEW WED : NIKAH (Masjid Kg. Tualang, Manir)

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Nak review pasal nikah pulak. Tanggal 14th January 2012, kami selamat di ijab kabulkan di Masjid Kg.Tualang, Manir, Kuala Terengganu, jam 11.o0 pagi. Perasaan masa tu memang 'excited' giler.. Tak sangka dah jadi isteri kepada En.Hubby terchenta. 

Pagi sebelum nikah tu, 'toksah' nak kata laaaaa.. perasaan bercampur aduk.. happy, excited, nervous, dup dap... Tapi tetap cool, still buat lawak ngan kawan-kawan *perangai kebudak-budakkan takleh nak kontrol masa tuh*

Sampai je kat masjid, tok kadi terus 'terjah' mintak persetujuan 'dikahwinkan' *errkkk, betul ke ayat tu??*. Owh..masa tu saya sangat excited dan terus setuju!! hahahha~
*yang pakai baju melayu maroon tu, abah saya*
(menurut perintah!! tok kadi soh ikot baca apa yang tok kadi baca)

(Masa ni sabar menunggu saat-saat di ijab kabulkan. Dalam hati macam-macam perasaan ada *walaupun muka senyum masa tu*)
  
(Muka En.Hubby tenang je masa tu *lagak macam takde pape berlaku. Tak cuak ke?! @_@*)


Alhamdulillah.. Syukur, dengan dua kali lafaz je, saya [Nor Elya Farhana bt. Abdul Razak] dah sah jadi isteri kepada En.Hubby [Ammar Hussein b. Rosly]. Kenapa dua kali?? Haahahaha~ Yang 1st tu, En.Hubby boleh pulak tersalah sebut nama saya "Elyana"!! Hadoihhh~ Tergelak saya masa tu. Lepas tu tok kadi pulak yang tersalah sebut "Elyana". Lagi haruuuuuuuu jadi nya.. =P *satu masjid tergelak*

(Acara batal air sembahyang. *Fuuhhh..cam skema la pulak.. statement cam hape ntah!!*
En.Hubby pakaikan rantai tangan. Sangat suka dan berkenan dengan rantai tangan tu. *sori takde gamba rantai tangan*. Tu la 1st time tengok. En.Hubby yang pilihkan *so sweet!!*)

(Masa ni, En.Hubby ada cakap sesuatu *tak pasti la orang lain dengar ke tak*. Sangat tersentuh dan sayu hati bila dengar T__T*)

Mengimbau kembali detik-detik perkenalan kami.

Kami jumpa kat HoSHAS (Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh). Masa tu saya student tahun 4, baru start klinikal kat sana, posting medical. En.Hubby pulak dah 2nd year houseman *da senior houseman da masa tuh*. Memang takde perasaan langsung masa tu. Tengok En.Hubby pun, tak rasa pape. Sampai la habis posting kat sana, still takde perasaan pape. Kami pun jarang jumpa kat ward.

Akhir tahun 2009, bulan 12... En.Hubby add saya kat facebook *waahh!! tak sangka..terkejut giler kot*. Bila En.Hubby tahu saya masih single and available masa tuh *statement takleh blaaaa...hahahaha*, terus approach. Mana tak terkejut nya... Takde lah terus terima kan..kan..kan. Kawan la dulu. Dah lama kawan, baru la kami start serius, hubungan beranjak satu langkah ke depan *dengan kata lainnya, couple la*

Couple lebih kurang 1 tahun setengah, tanggal 01.05.2011, kami tunang..!! Alhamdulillah.. Lepas tu, kami dah start buat persediaan kawen pulak. Kami tunang tak lama. Lapan bulan lepas tunang, kami kawen!! ^^


(Saya dan En.Hubby, lepas majlis akad nikah. Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar!! ^^)




P/s : Saya harap sangat-sangat, rumahtangga kami ni akan kekal bahagia sampai bila-bila... Amin




Wallahua'lam

Sunday, June 17, 2012

REVIEW WED : BAJU NIKAH, VEIL & INAI LUKIS

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak review pasal baju nikah, veil dan inai lukis. Ok, saya start ngan baju nikah dulu.


BAJU NIKAH

Baju nikah ni saya tempah kat makcik saya je. Makcik saya tailor, so senang lah nak deal ngan makcik sendiri. Jimat sebab langsung tak kena bayar.. FOC!!

Fesyen : Baju kurung moden je
Bajet : Kain inner (RM50), Lace (RM200) - 4 meter

Sepatutnya pada hari nikah tu, pakai tudung putih.. Yang terkilannya, sebab busy dengan study dan duk jauh dari rumah, masa tu ada kat kL, so pesan kat akak je belikan tudung putih. Last-last, balik malam before nikah tu, rupa-rupanya akak saya beli tudung color grey.. Huuu~ Nak nanges je masa tu. Agak pelik bila pakai tudung tu dengan baju nikah. Nak taknak kena pakai gak, sebab malam kedai tudung da tutup. Memang spoil la!! 
*sedih saya masa tu...tapi nak buat camne..benda dah jadi da pun.. nyesal pun takde guna*

(Gamba sebelum ke masjid untuk majlis akad nikah) 
Ni la baju nikah saya.. Simple je tapi saya suka!! ^^

VEIL

Veil ni saya buat dan jahit sendiri. *Kononnya, DIY la* Duk usha-usha blog b-2-b, ada yang tunjuk tutorial camne nak DIY veil kan. Kat situ la saya belajar cara nak buat. Senang je, camni caranya :

1) Beli la kain chiffon lembut tu lebih kurang 1 or 1 1/2 meter 
*saya beli kain chiffon yang harganya RM29 semeter*

2) Lepas tu potong la ikot bentuk yang korang berkenan. Saya potong bentuk 'D'

3) Lepas tu, lace tepi uh saya guna lebihan lace untuk buat baju nikah uh.. jahit keliling veil tu. Lebihkan lace di bahagian kepala.

(Baru je sampai masjid.. Jantung memang dah dup dap..lajuuu!!)
Tadaaaaa...!! kan da jadi veil.. Ok la kan.. takde la burok sangat jadinye kan.. Boleh la. saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Jimat!! Takyah spend duit beratus semata-mata nak beli veil, just pakai untuk sekali je seumur hidup. 
*Jangan membazir..kegunaan duit lepas kawin lagi penting ok*

INAI LUKIS

Maaf, takde gamba inai je.. Tak sempat nak amek. Tapi dalam gamba ni korang nampak kan inai lukis tu. Saya tempah inai lukis ni kat dengan LRT Masjid Jamek, yang bawah bumbung uh. Satu tangan just RM5. So saya buat dua-dua belah tangan dan kaki. So habis lebih kurang RM20. Lebih kurang setengah jam je pakai, da merah.

(Sign 'agreement' nak jadi wife En.Hubby..hahahhaa)
Cantik inai lukis ni.. Simple dan menarik!! Saya berpuas hati ^^
(Sah dah jadi wife kepada En.Hubby terchenta)
Saya tempah inai ni one day before akad nikah, maknanya hari jumaat petang before saya balik kampung malamnya. 
*flight pukol 8.05 pm...delayed one hour...frust menonggeng...sampai rumah pukol 10 lebih..haih!!*



Setakat tu je lah pasal baju nikah, veil dan inai lukis. Lain kali saya review benda lain pulak k.. Daa

Wallahua'lam

Saturday, June 16, 2012

REVIEW WED : WEDDING CAKE

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak kongsi ngan b-2-b pasal 'Wedding Cake'. Saya sangat-sangat berpuas hati, wedding cake sangat cantik dan sedap *orang yang cakap, saya tak sempat nak merasa...terkilan...huuuu~ T_T* !! Yum..yum..~ ^^

Tempah : Danisha_Licious, Kuala Terengganu
Page (Facebook)
Owner (Fida Ariffin)
3 tiers cake : 8" Cake + 50 Pcs Cupcakes
Tema color : White + Maroon

Ni la kek nye...cantik!! ^^


Ni kek atas nyer... cantik kan!! ^^


50 pcs Cupcakes
*Sorry, gambar blur*

 Overall view wedding cake

Love this cake


P/s : Gambar di ambil dari facebook Kak Fida Ariffin!! ^^






Wallahua'lam

Friday, June 15, 2012

REVIEW WED : PELAMIN

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni sebelum start study, saya nak review pasal pelamin. Pelamin saya biasa-biasa je, tapi bagi saya simple dan cantik.. sesuai la ngan rumah saya yang ruang agak sempit sikit. So mana-mana b-2-b yang tengah mencari-cari pelamin murah tapi cantik, saya rekomenkan anda Butik FiedaErdy ni~ ^^

Ni la pelaminnya

Pelamin satu panel
Butik : FiedaErdy Wedding Boutique, Kuala Terengganu
Owner (Fieda)
Pakej : RM1600 (Sekali ngan hiasan bilik pengantin dan meja beradap)

*Sesape yang duk area Kuala Terengganu, sila-sila lah singgah Butik FiedaErdy ni..Usha page dia.. banyak pelamin-pelamin yang menarik dan cantik...updated!! Yang penting sekali, agak murah kalau nak compare ngan pakej-pakej yang ditawarkan oleh butik pengantin lain. Servis sangat memuaskan. Owner yang sangat baik, cool dan sporting ^^*

Kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh (kL) semata-mata menghadiri majlis perkahwinan saya.. sangat terharu~ Thanx n Luv u Oooolllss T__T

Ok la.. Setakat tu je la review pasal pelamin.


Wallahua'lam

Thursday, June 14, 2012

REVIEW WED : MAJLIS BERTANDANG

Assalamualaikum w.b.t

Tengah malam buta camni, tetiba 'meroyan' jap nak review pasal majlis bertandang rumah hubby, 4 bulan yang lepas.. hahahaaha~ ^^. Takde laaa...tadi duk 'belek-belek' gambar lama, terjumpa la gambar baju sanding... saje la nak kongsi ngan b-2-b. 


Ni baju nye...


Baju songket 
Color : Silver & dark grey
Sewa : Below RM5o0
Butik : D'inai Pengantin, Raub, Pahang 
Owner : Nadzam Candidcute [facebook]

*sesapa yang duk area raub tu, boleh la try2 usha butik ni...selain dari baju, de lagi servis lain contohnya pelamin, hiasan bilik pengantin, meja beradap, khidmat photography dll.. Harga pakej boleh tahan la...hehe*

Me & hubby - depan hotel sebelum berarak ke rumah pengantin lelaki ^^

Nampak tak geng-geng motor besar kat belakang tuh?! Ha, konvoi motor besar hantar pengantin.. camtu la saya duduk atas motor uh sampai la rumah En.Hubby!! Nasib baik tak sakit pinggang...haaaiilllaaaaa~

With kawan-kawan netface (netlog + facebook), Kak Sue dan Kak Rai + Amshar *budak kecik cenonet ngah tido uh*

Me with Amshar *ngah nanges uh...hadoiiihhhh!!*. 
Entity kat belakang uh photographer part time kami (Dr.Safwan) *bila ntah nak dapat gambar nyerr...haih*


Setakat tu je la yang dapat review nye... Next time kalau rajin, review pasal benda lain plak... Hehehe~ *ngengade nak review gak walaupon dah 5 bulan kawen =P*

Wallahua'lam