Monday, September 24, 2012

FUTURE CAR?!!

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba terfikir pasal future. Kereta apa yang jadi pilihan nanti ye? Hahaha.. Duk usha-usha, akhir nya ni lah pilihannya. Memang nak kereta kecik je. Sebab ni 2nd car *bukan 2nd hand keyh!!*, guna untuk pi kerja dan gerak dalam town je. 1st car, ofkos lah kereta En.Hubby, boleh bawak jauh.. Hehehe~

Calon-calon my future car...jeng..jeng..jeng...!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


FORD FIESTA 1.6

or

PERODUA MYVI 1.5

or
 
 SUZUKI SWIFT 1.5


p/s : Hati macam berat ke swift..hehehe


Wallahua'lam

KARI IKAN MERAH

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nye menu lunch, simple je..kari ikan merah. Resepi ni belajar ngan mak mertua. Ekceli seumur hidup saya *sebelum kawen*, saya tak pernah masak kari. Tapi sejak kawen ni, selalu gak la masak kari. Haiilllaaaa~ dah kawen ngan orang asal penang ni, kalau tak tahu masak kari, haruuuuuuuu~!! Hahaha..

KARI IKAN MERAH


Saja nak kongsi resepi, mungkin berbeza cara korang masak. Yang ni style saya masak yang telah di ajar oleh mak mertua saya. Jom kita layan........!!!

Bahan-bahan (2 orang makan):


Seperti dalam gambar laa!!

Ikan merah - 2 slices
Rempah kari ikan - 1 bungkus *penang mariiii..haha*
Bawang merah - 2 ulas (di mayang)
Bawang putih - 1 ulas (di mayang)
Halba campur - 1 sudu kecil
Asam jawa - 1 sudu besar
Santan - 1/2 kotak kecik
Bendi
Garam

Cara-cara :
1) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halba campur sehingga layu/kekuningan.
2) Campur air ke dalam rempah kari, kemudian masukkan ke dalam periuk. Kacau dan biarkan untuk beberapa minit sehingga mendidih dan kari agak pekat sikit.
3) Gaulkan asam jawa dalam semangkuk kecik air *lepas tu buang la biji-biji asam jawa, amek air asam jawa je*, tuang air asam jawa dalam periuk. Biarkan sampai mendidih.
4) Masukkan ikan merah, santan dan garam. Biarkan mendidih, kemudian masukkan bendi.
5) Sedia untuk di hidangkan.





Senangkan masak kari ni?? Haahhahaha.. sesape yang nak mencuba resepi ni, selamat mencuba ye!! ^^ Daaaa~




Wallahua'lam

PERSEDIAN KETIKA KETIADAAN ISTERI DI RUMAH..

Assalamualaikum w.b.t

Fuhlamak!! Tajuk entry ntah pape la..hahaha...gimik je lebih. Ekceli esok saya dah start induksi kat Hotel Crystal Crown, kL selama 4 hari. So 4 hari tinggal En.Hubby kat rumah.. Huhuhu..sedey!! T__T

Ni list apa yang kena buat untuk hari ni :
1. Basuh baju
2. Kemas rumah
3. Iron kemeja kerja En.Hubby (untuk 4 hari)
4. Kemas dapur

dan

5. Kemas barang-barang untuk esok!!

K, bye

Wallahua'lam

Sunday, September 23, 2012

OWH...CAMERON!!

Assalamualaikum w.b.t

Hai readers semua!! *haha..macam lah ada* Saya baru je balik bercuti dari Cameron Highland dengan En.Hubby terchenta dan keluarga mertua. Ekceli, ni last minute nye plan. Tetiba je rase nak gi jalan-jalan sana. Kebetulan En.Hubby off kerja hari sabtu, tapi hari ni (Ahad) kerja petang. Kami bermalam satu hari kat sana..

Lebih kurang pukul 12.15 tengah hari semalam, kami keluar dari rumah. Isi minyak motor dulu *ye..kami merempit ke sana..hahaha*, pastu tetiba tertinggal barang, terpaksa kena patah balik...huwaaa~ Dalam pukul 1 baru lah masuk highway. Kami dari Temerloh, keluarga mertua pulak dari kL. So, jumpa kat Cameron. Nak ke Cameron, kami tak lalu Tapah, tapi kami ikot jalan Raub sampai ke Sg.Koyan dan terus ke Cameron. Lebih kurang 2 jam setengah kami sampai kat Tanah Rata, Cameron Highland.

Terus check in Apartment *ape ntah nama apartment tuh..hailaaa*, lepas tuh keluar makan steamboat. Lapar giler wokeeyyyhhh mase tu!! Dah la tak breakfast. Hoho.. Petang lepak-lepak kat rumah. Lepas Magrib keluar balik, makaaaaannn!! *hahahhaha...asik makan je*. Malam semalam kami makan Western Food. Kedai tu tepi Hotel De La Ferns *kalau tak silap nama dia la*. Saya makan chicken chop sos blackpepper *tapi depa bagi salah sos..depa bagi sos mushroom..nasib baik sedap..hahha*. Sedap la gak makanan dia. Hehe..

Lepas makan, konon nya nak jalan-jalan kat pasar malam kat Brinchang tu. Tapi memandangkan ramai sangat orang, terbantut lah niat kami ke sana. Tambah lagi adik ipar excited nak balik, nak tengok bola. So, kami pun balik lah... Sampai je rumah, tak tahu nak buat apa. Kononnya nak join tengok bola sekali, tapi tahu-tahu je lah..bila perut dah kenyang, mula lah mata dah berat. Pukul 10 lebih, masuk bilik, tido!! Hahaha~

Pagi keesokannya (Pagi tadi lah), breakfast kat kedai makan Zainab Sam. Lepas tu balik rumah, rehat jap, pastu terus kemas-kemas nak check out. Sebelum balik Temerloh, sempat singgah pasar. Hehe~ Lebih kurang pukul 11.15 pagi, kami bertolak dari Cameron. Sekarang dah selamat sampai rumah.. Alhamdulillah~ ^^

Pe yang kami beli kat sane? Hahaha... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni lah dia~
 
1) Purse Kulit. (Handmade)
 
Beli kat Tanah Rata. Kedai kecik je, letaknye betul-betul bertentangan dengan kedai makan Zainab Sam. 
En.Hubby suka tengok barang-barang kulit kat sana. 
Ekceli saya dah ada purse, cuma nya, purse tu besar sikit...susah nak bawa masa kerja nanti. 
So saya beli yang kecik sikit, muat-muat je masuk poket. 
Puas hati dengan kualiti dia, En.Hubby kata tahan lama. 
Dulu *beberapa tahun yang lepas kot*, En.Hubby pun beli purse dia kat sini gak. Masih lagi guna dan elok sampai sekarang. 
Mahal sikit takpe, asal berbaloi guna. ^^

2) Jagung
 
Ni kami beli kat pasar. Murah je. RM10 = 13 biji. 
Isi dia cantik, elok dan sedap *En.Hubby, adik ipar & ayah mertua yang rasa jagung tu..depa kata sedap...tu yang beli tuh* 
Half bagi kat jiran. Kami berdua tak mampu nak habiskan 13 biji jagung uh... *berak jagung nanti...ewwwwwww*

3) Strawberry
 
Yang ni kami tak beli, mak mertua yang kasi. Hehe.. Rasa dia?? 
Hahaha...no komen!! >o<






Ok lah...saje je nak merapu kat sini. K bye




p/s : Gambar kami takde. Kami bukannya 'fotogenik'/'fotogediks'..hahahhahaha~


Wallahua'lam

KOREAN DRAMA

Assalamualaikum w.b.t

Cuti hampir 3 bulan ni, tak tahu nak buat apa. Kebanyakkan masa habis lepak-lepak kat rumah je. Yang jadi peneman saya 'TV' je la. Pagi petang siang malam, asyik duk ngadap tv. Channel pilihan ofkoslah channel 393 (ONE HD). Semua cerita-cerita korea. Ada 2 cerita yang saya suka follow...hehe

1) BRIDE OF THE SUN

SINOPSIS :
A drama based on the the story of former Dong Ah Constructions Chairman and former KBS announcer Jang Eun Young. A woman gets married to a man who is old enough to be her grandfather when her lover leaves and her family struggle to make a living.

2) THE GREAT DOCTOR (FAITH)


SINOPSIS :
This drama shows the romance between a warrior from the ancient times and a female doctor from the modern times, their love transcending time and space. It will also tell the story about the process of making a true king.
Yoo Eun Soo (Kim Hee Sun) is a 33-year old plastic surgeon in the year 2012. She was originally a general surgeon, but quickly found that it was an overworked, under-paid profession and jumped ship to plastic surgery. Her dream is to someday open her own practice. But one day, Choi Young (Lee Min Ho) kidnaps her and takes her back to the Goryeo era because needing her medical skills. Their love story spans centuries but also warring beliefs. He gave up on love to be an unflinching warrior.







Layaaann~ K bye

Wallahua'lam

Saturday, September 22, 2012

31 OGOS 2012

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni dah lama, cuma malas nak mengarang. Tapi sekarang mood nak mengarang tu tetiba je datang.. Haha. Ni cerita 31 Ogos yang lalu. Sempena hari Kemerdekaan, saya dan En.Hubby join perarakan geng-geng motor besar kat Raub. 

Seawal pukul 6 pagi kami bertolak dari temerloh, sebab majlis start pukul 8 pagi. Lebih kurang dalam pukul 7 pagi kami dah sampai Raub, berkumpul kat Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. Tepat pukul 8 pagi majlis bermula. Okey, jom kita layan gamba ^^

Masing-masing nampak macam excited!! hehe..
 
Sebahagian geng-geng motor yang baru sampai pagi tu.. ^^

Nampak tak En.Hubby nun jauh di sana?? Bukan main happy dia borak-borak ngan member-member dia. Bini dia ni ditinggalkan sorang-sorang layan handphone.. T___T
 
Masa ni ngah sibuk susun-susun motor ikot color kot..

Dah siap susun. Tengok lah, motor En.Hubby paling depan, jadi leader. Hahaha~ Sebab En.Hubby je yang bawak bini *maklumlah, takleh berenggang lama..ikot je ke mana pi*, so kena duk depan lah..hahha~
 
Owh..motor mu motor ku juaaaaa~ ngee =P
 
Bersedia untuk berlepas.. En.Hubby eksaited nak amek gambar masa ni. Dah elok-elok duk atas motor, terpaksa turun balik. Gambar punya pasal.. Haaaddoooiiihhh!! >o<

Perarakan ni kejap jer. Tak sampai 5 minit dah sampai dataran. Sengih-sengih pandang orang-orang besar yang berdiri atas pentas tu, lepas tu habiiiiiiiiiiiiiiiisssss!! Kejap sangat...hoho
 
Saya & En.Hubby - selepas perarakan -

 
Saje posing-posing!! hahhaha~ *koya je lebih*

Sepatutnya lepas perarakan kena join majlis tu..dengar ceramah bagai. Tapi disebabkan En.Hubby kerja, kena standby kat rumah, kot-kot hospital call, so kami terus je balik temerloh. Pukul 10 lebih camtu, kami dah sampai rumah. Tu je lah cerita nya.. takde menarik sangat pon.. hehe~ ^^

K, daaa..


Wallahua'lam






Friday, September 21, 2012

MENU LUNCH

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam lama tak update blog..hahaha..takde idea la nak mengarang, lagi pun bukan ada orang yang nak baca pun kan..hahaha *perasan je lebih*. Sepanjang 2 bulan ni just blogwalking je kat blog-blog "meletop pom pom". Saya suka follow blog resepi. Sejak jadi housewife ni, asik duk ngusha-ngusha resepi. Macam-macam nak try masak..masak itu la..masak ini la...hahaha~ Seronok sebenarnya masak ni. Lebih-lebih lagi kalau ada yang makan..semngat nak masak tu membuak-buak.. *okeyh...tao over!! haha*

So, bila cerita pasal resepi ni, saja nak kongsi menu lunch saya dan En.Hubby untuk hari ni. Masak simple je. Malas nak masak yang complicated tu. Hajat di hati, ingatkan nak masak ikan cencaru bakar, tapi bahan-bahannya pulak tak cukup. Gi 'godek-godek' peti ais, yang ni je mampu masak nya. K la, taknak cerita panjang-panjang, jom layan gambar!! ^^

 Menu lunch :
1) Ikan merah masak lemak cili padi
2) Ayam & sotong goreng tepung
3) Ayam goreng kunyit dengan kacang buncis

Banyak ke?? Hahaha.. Biasa-biasa je. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Tu yang boleh pelbagaikan sikit lauk tu. Korang nak resepi ke?? Haha..ofkos la korang taknak kan. Menu camni siapa-siapa pon boleh buat. Kacang je ni. Betol tak??!! Tapi takpe lah.. Saya bagi juga resepi ni, maybe lain sikit dari korang nyer resepi kan..hehe..sekadar berkongsi!! "Sharing is caring" kan ^^

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI

 Bahan-bahan :
Ikan merah (2 slices)
Cili padi - 10 biji
Kunyit hidup - 3 cm
Serai - 1 batang
Santan - 1 kotak kecil
Asam keping - 1 keping
Kentang - potong 4
Garam

Cara-cara:
1) Cili padi dan kunyit ditumbuk lumat.*kalau takde lesung batu tuh, korang boleh blend je*
2) Satukan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan kentang.
3) Jerang periuk atas api sederhana
4) Biarkan ia menggelegak dan masukkan kentang dan garam secukup rasa.
5) Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan kentang nampak lembut.
6) Tadaaaaaaaaaa...sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

 
Bahan-bahan :
Ayam - dipotong dadu
Kacang buncis
Bawang besar - 1 labu (di mayang)
Bawang putih - 1 ulas (di mayang)
Cili merah - 1 biji (di mayang)
Garam

Cara-cara :
1) Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. 
2)Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Ketepikan ayam goreng.
3) Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. 
4) Masukkan sedikit garam.
5) Masukkan kacang buncis
6) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
7) Masak lebih kurang beberapa minit, lepas tu siap untuk dihidangkan.

AYAM & SOTONG GORENG TEPUNG

 
Bahan-bahan :
Ayam
Sotong
Tepung Bestari

Cara-cara :
1) Basuh ayam dan sotong sehingga bersih
2) Masukkan sedikit tepung bestari kedalam bekas yang berisi sedikit air, sehingga nampak sedikit pekat.
3) Kemudian masukkan ayam dan sotong ke dalam bekas tadi (sehingga tenggelam ayam dan sotong tu)
4) Perap lebih kurang 30 minit
5) Kemudian letakkan tepung bestari dalam bekas *Ni yang lain tao..bukan tepung yang guna untuk perap tu eh..hehe*. Gaulkan ayam dan sotong, satu persatu, kedalam tepung.
6) Panaskan minyak dan goreng ayam dan sotong tadi sehingga masak.
7) Sedia untuk dihidangkan.

Siap masak lebih kurang dalam pukul 3 petang. En.Hubby balik kerja pukul 4 *sepatutnya habis kerja pukul 3..kena extend la tuh..ramai patient gamaknya kat hospital uh*. Lepas makan, tetiba En.Hubby masuk dapur *masa tuh saya ngah cuci pinggan*, En.Hubby  cakap "sedap..pandai sayang abang masak". Waaaaaaaahhhh!! Hati berbunga-bunga. Dalam masa yang sama malu la bila kena puji ni.. hahahha~ Ni dah kali ke berapa ntah En.Hubby cakap camtu, dan berapa kali jugak la rasa cam berbunga-bunga.*owh...dah koya lebih ni* =P

Ok lah..rasa macam lama pulak menaip nyer. Saya suka cuba resepi-resepi ni, ternampak je dalam internet, terus nak try. Haha~ Lain kali, saya share resepi lain pulak okey!! Daaa..






p/s : Kalau rasa agak-agak kompius atau tak faham apa yang saya tulis tu, boleh tanya..takde masalah..hehe ^^

Wallahua'lam