Saturday, December 31, 2011

HARUS KUAT!!

Assalamualaikum w.b.t

Just sekadar renungan bersama pagi ni. Hidup ni takkan pernah terlepas dari ujian-Nya. Ada setengah orang, setiap hari hidup selalu diuji, tetapi ada setengah orang yang hanya jarang-jarang, bahkan kadang-kadang diuji. Tapi ingat, jangan sesekali mengeluh, merungut dan jangan cepat putus asa. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman. [Al-Imran : 139]". Apa yang perlu buat? Sabar!! Mintak pertolongan dari-Nya, moga diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuh semua ujian. Jangan pernah putus berdoa pada-Nya. 

Boleh refer sini untuk bacaan selanjutnya - 




Takde lecturer, takde lecture, takde seminar tu semua hanya dugaan 'kecik' je. So kawan-kawan!! Korang harus kuat. Boleh jadi 'diorang' nak kita jadi lebih kuat dan independent. Nanti da jadi houseman semua kena sendiri-sendiri. Takdenye orang yang nak guide korang dari awal sampai akhir. *Ye laa..awal-awal uh ada la orang bagi tunjuk ajar. Lepas uh, pandai-pndai la korang nak hidup*. So, jangan putus asa. SEMANGAT!!

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."








p/s : Ada orang yang diuji lebih 'besar' di luar sana.. Ingat!!


Wallahua'lam...

LAST DAY 2011

Assalamualaikum w.b.t

Merapu di pagi-pagi buta. Sangat bangga dengan diri sendiri *riak*, at 2.o0 am (31st Dicember 2011) still tak tidur lagi. Start dari kol 9.0o pm - sampai laaaa neh!! duk sibuk repair-repair, godek-godek *errkk, ade ke word neh* blog, 'tacap' sana 'tacap' sini, akhirnya ni la hasilnya..hahaha~ Lawa tak?!! *tak..?!! eleehh, ada haku kesah..muaahahaha*.

Hari ni dah masuk hari terakhir tahun 2011. Pejam celik, pejam celik..da nak habis dah tahun ni. *cepat sungguh masa berlalu*. Meniti hari-hari terakhir ni *ceh! cam nak KO plak*, ramai la yang duk list azam tahun ni, samada dah tercapai ke belum. Saya?! ada azam ke? Lupa daaaaa.... *tapi seyes la...ada ke?? errkk @_@*. Yang pastinya azam tahun depan, ADA!! 

Yang pertama :

Nak KAWEN!! Ye ye..yehaaaaa~ !! Uuppsss, elya!! toksah lebih-lebih plak..ewww, nyampah orang baca nanti *errkk, ade haku kesah*. Lagi 2 minggu langsung nyer...ofkos la saya ter'eksaited' lebih sikit. Pasal preparation kawen semua da setel ^^.

Yang kedua : *yang ni sepatutnya list yang pertama..errkk >.<*

Nak GRAD dari USIM tercinta dengan jaya nya.. InsyaAllah!! Takmo repeat-repeat, takmo fail exam *da tu...study la elya oi!!*. Final pro exam akhir bulan 6 tahun depan dan InsyaAllah habis belajar awal bulan 7 *doakan yer kawan-kawan ^^*. Lepas tuh, jadi 'kuli' gomen laaaa...haha

Yang ketiga :

Nak BELAJAR rajin-rajin. Sejak ada study group ni, rajin la sikit belajar kan. Kalau tak, 'hareeeemmm' nak sentuh buku posting lain.. Sentuh yang current posting jer. Sangat terharu dan takjub dengan kesungguhan ahli-ahli study group saya. Tak tahu nak cakap pe ngan korang...hanya mampu jerit 'waa tabik sama lu olang' *seyes haku kompius, nape telor cina plak yang klua..errk*

Yang keempat :

Nak BERJIMAT. Takmo boros da. Tapi sejak nak kawen ni, jimat la sikit. Kalau tak, dekat-dekat akhir sem ni memang pakat duk 'ratah' pasir ler..huuu~ *Alhamdulillah, sekarang still mampu beli makanan yang sedap-sedap ^^*. Ni nak share tip la...kalau nak jimat, korang kena ada 1 buku 'akaun' *buku kecik uh..buku tiga 5 pun ok da*, rekod setiap barang yang korang da beli *maknenyer ape yang korang da belanja la*, sekali dengan balance duit korang *dalam bank la*. Nape kena ada balance?? Ye la.. nanti kalau tetiba korang rasa nak beli pape yang bukan keperluan or tak urgent, tengok je baki akaun, kompem terbantut niat nak beli. Serious neh!! Then, kena la ada bajet korang. Contohnya untuk bulan ni, korang nak belanja berapa ringgit, then korang pandai-pandai la ejas or guna duit uh sebaik mungkin. Cuba untuk tidak berbelanja lebih dari bajet yang korang letak uh. Hehe.. Saya memang ada buku tu dan ternyata, Alhamdulillah, so far saya rasa lebih teratur dan berhemah menggunakan duit. Wink~ ^^


Cukup la empat setakat ni... sambung lain kali plak ^^



Wallahua'lam

Monday, December 26, 2011

KAWEN-KAWEN ^^

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari tak update blog. Bukan tak nak, tapi sejak dua, tiga hari ni, internet dan broadband sangat-sangat 'jeles' dengan saya. Dah beberapa kali cuba untuk post new entry, tapi tak berjaya. *saya da baya bil okay!!*. Pagi ni still mencuba, akhirnya diberi keizinan untuk mencoret sepatah dua kata kat sini. Hehe.

Takde la menarik sangat2 cerita yang nak dikongsi ngan korang *tapi menarik la bagi saya ^^*. Cuti tiga hari ni, banyakla jemputan kawen sana-sini. Antara kenalan-kenalan yang buat kenduri kawen sabtu baru-baru ni *24hb Disember 2011* :











Tahniah korang..SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit. Seronok tengok orang kawen ni...hehe~








p/s : *sowi korang, curik gamba kawen tak mintak kebenaran dulu..hehe*



Wallahua'lam.. 

Friday, December 23, 2011

JANGAN LA SEDIH2!!

Assalamualaikum w.b.t

Dear Ndea,

Aku tahu, ko mesti terkejut kan..kan..kan.. *angguk je la kepala uh*. Pekehe nye tetiba aku bagi surat 'layang' neh kat ko. Ekceli, aku just nak cakap, jangan la sedih2!! Awat hang sedey, habaq mai kat cek.. Ko selalu happy2 jer, jarang nak tengok ko sedih. Bila ko sedih, nampak ko cam 'down' giler2 *not a typical ndea*. Dah la tuhhhh..xyah sedih2. Nak balik kL da kan..kan..kan!! Senyum sikit k ^^. 

Wokeyh, setakat tuh je la surat aku untok ko...hahaha



Wallahua'lam..














[Sesapa yang bace entry neh, sorry la.. Entry neh bukan ntok hangpa. Neh khas untuk Cik Nadia Anuar k..]






*ekceli aku nak komen kat blog ko...tapi x dapat. Hehehe~ skang kepala ngah toing!!*

Wednesday, December 14, 2011

PATUT KE SALAHKAN ORANG LAIN?

Assalamualaikum w.b.t

Sedih...sebak..geram..nak marah.. Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Jiwa kacau bila dengar berita yang agak 'melampau' kot. Perlu ke salahkan orang lain sebab kesalahan diri sendiri? Libatkan orang lain dalam masalah yang korang sendiri cari? Ke ataupun sesaje nak apply 'SUSAH SENANG BERSAMA' eh? Owh, serious saya tak faham dengan orang macam ni. Tak nak tulis banyak-banyak. Sesaje je dapat dosa free. Astaghfirullahalazim *sambil geleng-geleng kepala*



p/s : Lain kali, sendiri buat...sendiri tanggung k >.<


Wallahua'lam.. 

Saturday, December 10, 2011

DA PREPARE??

Assalamualaikum w.b.t

Sesambil tunggu bulan yang malu-malu untuk tunjukkan diri dia, berselindung di sebalik awan, nak merapu kat sini sekejap *sambil membetulkan tulang-tulang jemari...lama nak kena taip ni..hehe*

Pagi-pagi lagi (8.45 am) *awal la kan, untuk weekend*, da merangkak ke Hospital Kuala Lumpur, ada 'date' ngan HOD Paeds HKL..hahaha. Waktu yang di janjikan kol 9.30 am, tapi kol 9.20 am kami da terpacak depan Institut Paediatrics *saya bangga dengan diri saya*. Lebih kurang 2 jam sesi belajar *mock exam sebenarnye* dengan Dr.Kamarul, ada la dapat belajar sikit-sikit.. Otak da lama berkarat *untuk makluman, saya sekarang ngah posting Ortho, tapi hari ni mock exam Paeds..mana tak biol..errkk*. Tapi kan, da final year medical student, sepatut nya da prepare la kan..kan..kan. Lagi 6 bulan je nak final exam *lambat lagi la tapi..hehe*. Nanti da jadi doctor nanti, kena la tahu semua benda kan. 

Setelah dihentam kaw-kawnya, diasah, digasak *errkk, ada ke word ni*, dibuli, dimarahi...baru datang kesedaran. Saya belum prepare lagi untuk final exam...belum layak lagi untuk bergelar seorang doctor...belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab as a House Officer (HO) nanti. Ibarat nyawa patient di tangan kita *owh, tahu..saya terlalu exegerated sikit...hehe*.  Kalau tak pegang betul-betul, tak pandai jaga, tak rawat betul-betul, boleh hilang nyawa depa. *nauzubillah*



- takut memikirnya bila dah kerja nanti -



Bila dah ada kesedaran tu, sepatutnya kena cuba improve la kan..Hehe. InsyaAllah, I'll do my best. Moga dipermudahkan oleh-Nya, dalam setiap urusan. Moga ada berkat dan redha-Nya, sepanjang mencari ilmu. Niat belajar perubatan kerana Allah s.w.t.



Wallahua'lam..


Friday, December 9, 2011

JANGAN SESEKALI MENGELUH

Assalamualaikum w.b.t

Petang2 camni, taknak la merapu-merepek kat sini. Cuma nak berkongsi cerita, ilmu *ada ke?? errkk, cam tak berpekdah jer blog aku neh...kalo korang rase xde pekdah, sila stop bace n stop follow..hehehe*, selain tu boleh berkongsi rasa, pendapat dan sebagai nya. 

"Jangan sesekali mengeluh".. Fuhhh, sangat susah kan?? Kadang-kadang takleh nak control. Bila bagi homework sikit, mengeluh! Bila rasa susah sikit, mengeluh! Bila Allah bagi rasa sakit sikit, mengeluh! Allah uji sikit, mengeluh! Ada berlaku perkara buruk sikit, mengeluh! Di beri tanggungjawab lebih sikit, mengeluh! *banyaknyer word mengeluh* Pendek kata, manusia neh, asyik mengeluh je la... *owh, terkena batang hidung sendiri*. Orang-orang tua dulu-dulu cakap, kalau mengeluh nanti cepat tua..ha, korang nak?? *ntah betol ke idak yer..haha*. Tapi masa aku sekolah dulu, ustazah de pesan, jangan mengeluh sebab Allah tak suka hambanya yang asyik mengeluh. So, jangan sesekali mengeluh jika kita mengalami kesusahan dalam melakukan sesuatu perkara itu, ataupun dalam apa jua keadaan, ia umpama kita sudah menyerah kalah atau putus semangat untuk mencuba. Sebaiknya berdoa kepada Allah supaya segala urusan itu dipermudahkan. Ameen..




Pernah terbaca satu hadis  : 

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w menemui Aisyah r.ha ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, 'jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu baca Allah akan menghilangkan sakit daripadamu.' Aisyah berkata : 'Ajarilah aku'. Baginda bersabda : 


Maksudnya : "Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran"



Tu la..walaupun kita berada dalam kesusahan, kekecewaan, berlaku perkara buruk, terasa terlalu beban dengan tanggungjawab sekarang...jangan mengeluh. Ngadu kat Allah..minta tolong dari-Nya. InsyaAllah, Allah akan tolong hamba-hambanya.. Minta di beri ketenangan hati, di ringankan segala beban yang ada, dalam setiap kesusahan tu minta di beri kesenangan. *ingatan untuk diri sendiri yang suka gak mengeluh...fitrah manusia..sesama la kita ingat-mengingati....I tegur U, U tegur I..hikhik ^^*.





Wallahua'lam...

MUHASABAH DIRI ITU LEBIH BAIK

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni just nak share ngan korang tentang 'Muhasabah Diri Itu Lebih Baik', di petik dari iluvislam.com..(http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4018-muhasabah-diri-itu-lebih-baik.html)

Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa muhasabah diri dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini :)





Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."





Sama-sama lah kita muhasabah diri kita, baiki diri kita mana yang ada lompong or kekurangan, sama2 kita tingkatkan prestasi kita, amal ibadat kita... Jom!! ^^


Wallahua'lam..