Saturday, December 10, 2011

DA PREPARE??

Assalamualaikum w.b.t

Sesambil tunggu bulan yang malu-malu untuk tunjukkan diri dia, berselindung di sebalik awan, nak merapu kat sini sekejap *sambil membetulkan tulang-tulang jemari...lama nak kena taip ni..hehe*

Pagi-pagi lagi (8.45 am) *awal la kan, untuk weekend*, da merangkak ke Hospital Kuala Lumpur, ada 'date' ngan HOD Paeds HKL..hahaha. Waktu yang di janjikan kol 9.30 am, tapi kol 9.20 am kami da terpacak depan Institut Paediatrics *saya bangga dengan diri saya*. Lebih kurang 2 jam sesi belajar *mock exam sebenarnye* dengan Dr.Kamarul, ada la dapat belajar sikit-sikit.. Otak da lama berkarat *untuk makluman, saya sekarang ngah posting Ortho, tapi hari ni mock exam Paeds..mana tak biol..errkk*. Tapi kan, da final year medical student, sepatut nya da prepare la kan..kan..kan. Lagi 6 bulan je nak final exam *lambat lagi la tapi..hehe*. Nanti da jadi doctor nanti, kena la tahu semua benda kan. 

Setelah dihentam kaw-kawnya, diasah, digasak *errkk, ada ke word ni*, dibuli, dimarahi...baru datang kesedaran. Saya belum prepare lagi untuk final exam...belum layak lagi untuk bergelar seorang doctor...belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab as a House Officer (HO) nanti. Ibarat nyawa patient di tangan kita *owh, tahu..saya terlalu exegerated sikit...hehe*.  Kalau tak pegang betul-betul, tak pandai jaga, tak rawat betul-betul, boleh hilang nyawa depa. *nauzubillah*



- takut memikirnya bila dah kerja nanti -



Bila dah ada kesedaran tu, sepatutnya kena cuba improve la kan..Hehe. InsyaAllah, I'll do my best. Moga dipermudahkan oleh-Nya, dalam setiap urusan. Moga ada berkat dan redha-Nya, sepanjang mencari ilmu. Niat belajar perubatan kerana Allah s.w.t.



Wallahua'lam..


No comments: