Friday, December 9, 2011

JANGAN SESEKALI MENGELUH

Assalamualaikum w.b.t

Petang2 camni, taknak la merapu-merepek kat sini. Cuma nak berkongsi cerita, ilmu *ada ke?? errkk, cam tak berpekdah jer blog aku neh...kalo korang rase xde pekdah, sila stop bace n stop follow..hehehe*, selain tu boleh berkongsi rasa, pendapat dan sebagai nya. 

"Jangan sesekali mengeluh".. Fuhhh, sangat susah kan?? Kadang-kadang takleh nak control. Bila bagi homework sikit, mengeluh! Bila rasa susah sikit, mengeluh! Bila Allah bagi rasa sakit sikit, mengeluh! Allah uji sikit, mengeluh! Ada berlaku perkara buruk sikit, mengeluh! Di beri tanggungjawab lebih sikit, mengeluh! *banyaknyer word mengeluh* Pendek kata, manusia neh, asyik mengeluh je la... *owh, terkena batang hidung sendiri*. Orang-orang tua dulu-dulu cakap, kalau mengeluh nanti cepat tua..ha, korang nak?? *ntah betol ke idak yer..haha*. Tapi masa aku sekolah dulu, ustazah de pesan, jangan mengeluh sebab Allah tak suka hambanya yang asyik mengeluh. So, jangan sesekali mengeluh jika kita mengalami kesusahan dalam melakukan sesuatu perkara itu, ataupun dalam apa jua keadaan, ia umpama kita sudah menyerah kalah atau putus semangat untuk mencuba. Sebaiknya berdoa kepada Allah supaya segala urusan itu dipermudahkan. Ameen..




Pernah terbaca satu hadis  : 

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w menemui Aisyah r.ha ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, 'jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu baca Allah akan menghilangkan sakit daripadamu.' Aisyah berkata : 'Ajarilah aku'. Baginda bersabda : 


Maksudnya : "Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran"



Tu la..walaupun kita berada dalam kesusahan, kekecewaan, berlaku perkara buruk, terasa terlalu beban dengan tanggungjawab sekarang...jangan mengeluh. Ngadu kat Allah..minta tolong dari-Nya. InsyaAllah, Allah akan tolong hamba-hambanya.. Minta di beri ketenangan hati, di ringankan segala beban yang ada, dalam setiap kesusahan tu minta di beri kesenangan. *ingatan untuk diri sendiri yang suka gak mengeluh...fitrah manusia..sesama la kita ingat-mengingati....I tegur U, U tegur I..hikhik ^^*.





Wallahua'lam...

No comments: