Saturday, June 30, 2012

PACKING

Assalamualaikum w.b.t

Weekend ni sepatutnya study untuk exam klinikal isnin nanti *last dasy exam...yay~*, tapi di sebabkan En.Hubby terchenta nak angkut barang-barang isnin ni, bawa balik rumah kami *wink..wink..wink*, so kena la spend masa sikit untuk kemas pape yang patut *Fuhhh...penat giler wokeeyhhh, nak kena 'selongkar' balik kotak-kotak yang tersusun elok tepi pintu uh =___="*


[Ni baru half, lagi half nak kena kemas after exam nanti plak. Huuu~ banyak giler kot..*mana tak nyer, 3 tahun dah simpan barang-barang ni sume*]


Sekejap je masa berlalu. Tujuh tahun kat USIM *tamhidi (matrik) 1 tahun, pastu sambung degree 6 tahun*. Masa kemas barang tadi, de gak rasa sedih nak tinggal kawan-kawan yang dah tujuh tahun bersama, tinggal lecturer-lecturer yang baik dan berdedikasi *tak semua la*..Huuuu~ Lepas ni ikut haluan masing-masing la. Bila entah boleh jumpa balik..setahun? dua? lima? sepuloh tahun? Hope hubungan kita tak putus kat sini je..

Ok lah..tak nak merapu banyak. Nak kena sambung study balik.. nanti lain kali sambung balik merepek kat sini. Ok, bye~

Wallahua'lam

Friday, June 29, 2012

CANTIK GILER!!

Assalamualaikum w.b.t

Saje nak kongsi ngan korang. Cantik giler baju irma wokeyhh~ sangat berkenan. Kalau saya tak kawen lagi, nak je wat baju camni.. Veil pon cantik. Bunga juga!!! So b2b sekalian, boleh la wat baju cam irma ni..





K, bye

Wallahua'lam

Monday, June 25, 2012

EXAM!! o_O"


Hari ni saya start exam...
Doakan saya ye kawan-kawan!!

Final Pro Exam :
[25.06.2012 - 02.07.2012]

*temporarily off from 'blogging' until finish the exam*

Sunday, June 24, 2012

I WISH, I PASS THE EXAM


"Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal"

InsyaAllah..Moga di permudahkan segala urusan.. ameenn~


- mood : cuak -

STRONGER!!


Harus kuat!!

Final Profesional Exam
"ESOK"

Saturday, June 23, 2012

STOP DOING THE INTERNET, STUDY NOW!!


1 day more to go!!

Friday, June 22, 2012

DON'T LOSE HOPE


"Berjuang habis-habisan... 
2 days more to go"

Thursday, June 21, 2012

STUDENT LIFE


+ FINAL EXAM!!! 
(3 more days to go)


"One day, i'm gonna miss this student life..."

Wednesday, June 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY [ 8]

[Me with Bahiyyah]

"Good friends are like stars, you don't always see them,
but you know they're always there!!"

PAPPA RICH

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Malam semalam tetiba buat kerja giler..study kat Pappa Rich. Kononnya nak release tension dan nak makan sedap. Lepas magrib, lebih kurang pukol 8 malam, kami bertiga ke Pappa Rich Ampang Avenue.. Tak sampai 5 minit dari hostel, dah sampai ke tempat yang di tuju. Hehe~ *1st time datang sini*

Sampai je kat sana, tak ramai orang pun. Dalam hati berbunga-bunga, sebab dapat study kat tempat best. Study sambil makan sedap!! ^^


Jom layan gambar jap..


[Bahiyyah & Syafina - muka happy giler dapat study kat lua...kononnya nak lari dari bilik..hahaha~]

[Me & bahiyyah - tang buku kat depan uh takleh blaaaa...nak gak masuk gambar...hahahah~]

[Ni menu dinner saya semalam... apa nama ntah. Lupa nak hafal... *errkkk, takde maknenye nak hafal menu...banyak benda yang lagi penting kena hafal..hadoiihh!*]

[White coffee iced...kononnya tak nak bagi ngantok la masa study.. Last-last sampai je hostel, teros 'landing' baik punya atas katil...huwaaaaaaaaaaaa~ T_T]

Lebih kurang pukol 10 ke atas camtu la, orang dah start ramai datang Pappa Rich.. Suasana dalam restoran uh makin lama makin bising.. Hadooihhh!! Macam nak study dalam suasana macam tu. Makin lama, kepala saya makin sakit, dengar suara bising camtu *terpaksa lah telan 2 biji panadol*. Dah start takleh fokus study. Mula lah duduk kat kerusi tu, macam 'cacing kepanasan'..takleh duk diam. *di selang-seli ngan menguap*.

Sampai lah pukol 11 kat sana, kami mula beransur pulang.. *dalam hati melonjak-lonjak happy nak balik*. Sampai hostel teros siap-siap nak tidur. Sambung study?? Takde nye.. kepala dah sakit. Baik gi tidor je. Huu~ 

K la.. Saje nak cerita, nanti lupa pulak.... *sementara mood blogging still membara*


Wallahua'lam 

COUNTING THE DAY..

4 days more to go!! Caiyookkk~


Tuesday, June 19, 2012

DIS IS OWHSEM!! SEYESLY~

O.M.G!! This is owhsem....owhsem...owhsem~ Vocal yang sangat mantap, power doooowwhh!! Terpegun, ternganga, terkedu...semua ada. 

Jom layan lagu neh!! ^^

DBSK - Bolero



p/s : Sekali-sekala duk layan K-Pop.... *dulu layan DBSK bagai nak rak...hadooooiiihhhh!!*

Published with Blogger-droid v2.0.6

THINK POSITIVE!! HuH~

Assalamualaikum w.b.t

Semalam tak sempat nak update blog. Pagi busy ber'dating' dengan buku, petang nya pulak busy ber'dating' dengan patient dalam ward. Hahaha~ *saje guna word best sikit, baru rasa seronok belajar*. Semalam ada announcement result exam paediatrics (kanak-kanak) *posting lepas* kat fakulti dan Alhamdulillah, saya lulus!! ^^

Selepas result exam di umumkan, proses pengundian untuk dapatkan 'turn' masa exam klinikal nanti. *owh, sangat cuak*. Menggeletar tangan masa cabut undi uh, jantung memang berdegup laju, dengan kata lainnya 'palpitation'. Tup tup...mengharapkan turn tengah-tengah, last-last dapat turn ke-3. Huuuuuuwaaaaaaaa~!! T___T. Nasik baik ke nasib malang ni??!

Cuak sangat *sebab saya diantara 6 orang terawal yang akan start dulu exam clinikal*, call En.Hubby, kononnya nak mengadu cuak *ppuuuuiiii....gediks!*, tapi En.Hubby psycho balik...makin bertambah-tambah cuak nya. Huuu~ *takde maknenye...tarik muka!! <_<*. Tapi last-last En.Hubby pujok balik....wink-wink-wink-^^

So, 
"I'm the 3rd candidate masa exam clinical nanti, hari isnin...!!! Huwaaaaaaa~ nak pengsan @_@"
Ya Allah, permudahkan lah!! T__T

Ada hikmahnya dapat turn awal...so, fikir positif!! InsyaAllah, kalau Allah izinkan kita lulus exam pro ni, walau macam mana pun, akan lulus exam *yang pastinya kena ada usaha lah*. Kalau Allah tak izinkan kita lulus exam pro, bersengkang mata siang malam pun, tetap tak lulus gak. Mungkin kita belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab yang lagi besar lepas ni, so Allah bagi kita masa lebih untuk menimba ilmu, memantapkan diri sebelum keluar menjadi seorang DOKTOR!! 

[pic credit to En.Google]

So, kawan-kawan...jangan give up study. Berusaha!! Selagi kertas soalan takde depan mata, selagi tu lah ada masa lagi untuk berjuang. Dan jangan lupa solat hajat, mintak dengan Allah, moga dipermudahkan segala urusan, dan diberi ketenangan masa jawab exam, dan moga lulus exam. *Belajar tinggi mana pun, kalau tanggungjawab kita sebagai hamba Allah diabaikan, takde maknenya k* 

Firman Allah s.w.t " Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
[Surah Al-Baqarah : 216]


Wallahua'lam

Monday, June 18, 2012

REVIEW WED : NIKAH (Masjid Kg. Tualang, Manir)

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Nak review pasal nikah pulak. Tanggal 14th January 2012, kami selamat di ijab kabulkan di Masjid Kg.Tualang, Manir, Kuala Terengganu, jam 11.o0 pagi. Perasaan masa tu memang 'excited' giler.. Tak sangka dah jadi isteri kepada En.Hubby terchenta. 

Pagi sebelum nikah tu, 'toksah' nak kata laaaaa.. perasaan bercampur aduk.. happy, excited, nervous, dup dap... Tapi tetap cool, still buat lawak ngan kawan-kawan *perangai kebudak-budakkan takleh nak kontrol masa tuh*

Sampai je kat masjid, tok kadi terus 'terjah' mintak persetujuan 'dikahwinkan' *errkkk, betul ke ayat tu??*. Owh..masa tu saya sangat excited dan terus setuju!! hahahha~
*yang pakai baju melayu maroon tu, abah saya*
(menurut perintah!! tok kadi soh ikot baca apa yang tok kadi baca)

(Masa ni sabar menunggu saat-saat di ijab kabulkan. Dalam hati macam-macam perasaan ada *walaupun muka senyum masa tu*)
  
(Muka En.Hubby tenang je masa tu *lagak macam takde pape berlaku. Tak cuak ke?! @_@*)


Alhamdulillah.. Syukur, dengan dua kali lafaz je, saya [Nor Elya Farhana bt. Abdul Razak] dah sah jadi isteri kepada En.Hubby [Ammar Hussein b. Rosly]. Kenapa dua kali?? Haahahaha~ Yang 1st tu, En.Hubby boleh pulak tersalah sebut nama saya "Elyana"!! Hadoihhh~ Tergelak saya masa tu. Lepas tu tok kadi pulak yang tersalah sebut "Elyana". Lagi haruuuuuuuu jadi nya.. =P *satu masjid tergelak*

(Acara batal air sembahyang. *Fuuhhh..cam skema la pulak.. statement cam hape ntah!!*
En.Hubby pakaikan rantai tangan. Sangat suka dan berkenan dengan rantai tangan tu. *sori takde gamba rantai tangan*. Tu la 1st time tengok. En.Hubby yang pilihkan *so sweet!!*)

(Masa ni, En.Hubby ada cakap sesuatu *tak pasti la orang lain dengar ke tak*. Sangat tersentuh dan sayu hati bila dengar T__T*)

Mengimbau kembali detik-detik perkenalan kami.

Kami jumpa kat HoSHAS (Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh). Masa tu saya student tahun 4, baru start klinikal kat sana, posting medical. En.Hubby pulak dah 2nd year houseman *da senior houseman da masa tuh*. Memang takde perasaan langsung masa tu. Tengok En.Hubby pun, tak rasa pape. Sampai la habis posting kat sana, still takde perasaan pape. Kami pun jarang jumpa kat ward.

Akhir tahun 2009, bulan 12... En.Hubby add saya kat facebook *waahh!! tak sangka..terkejut giler kot*. Bila En.Hubby tahu saya masih single and available masa tuh *statement takleh blaaaa...hahahaha*, terus approach. Mana tak terkejut nya... Takde lah terus terima kan..kan..kan. Kawan la dulu. Dah lama kawan, baru la kami start serius, hubungan beranjak satu langkah ke depan *dengan kata lainnya, couple la*

Couple lebih kurang 1 tahun setengah, tanggal 01.05.2011, kami tunang..!! Alhamdulillah.. Lepas tu, kami dah start buat persediaan kawen pulak. Kami tunang tak lama. Lapan bulan lepas tunang, kami kawen!! ^^


(Saya dan En.Hubby, lepas majlis akad nikah. Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar!! ^^)




P/s : Saya harap sangat-sangat, rumahtangga kami ni akan kekal bahagia sampai bila-bila... Amin




Wallahua'lam

Sunday, June 17, 2012

ROTI CANAI, TEH TARIK!!

Bangun pagi, basuh muka...berus gigi.. terus keluar pekena roti canai dan teh tarik!! Peeeerrrrggghhh~ memang terbaik la =P

REVIEW WED : BAJU NIKAH, VEIL & INAI LUKIS

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak review pasal baju nikah, veil dan inai lukis. Ok, saya start ngan baju nikah dulu.


BAJU NIKAH

Baju nikah ni saya tempah kat makcik saya je. Makcik saya tailor, so senang lah nak deal ngan makcik sendiri. Jimat sebab langsung tak kena bayar.. FOC!!

Fesyen : Baju kurung moden je
Bajet : Kain inner (RM50), Lace (RM200) - 4 meter

Sepatutnya pada hari nikah tu, pakai tudung putih.. Yang terkilannya, sebab busy dengan study dan duk jauh dari rumah, masa tu ada kat kL, so pesan kat akak je belikan tudung putih. Last-last, balik malam before nikah tu, rupa-rupanya akak saya beli tudung color grey.. Huuu~ Nak nanges je masa tu. Agak pelik bila pakai tudung tu dengan baju nikah. Nak taknak kena pakai gak, sebab malam kedai tudung da tutup. Memang spoil la!! 
*sedih saya masa tu...tapi nak buat camne..benda dah jadi da pun.. nyesal pun takde guna*

(Gamba sebelum ke masjid untuk majlis akad nikah) 
Ni la baju nikah saya.. Simple je tapi saya suka!! ^^

VEIL

Veil ni saya buat dan jahit sendiri. *Kononnya, DIY la* Duk usha-usha blog b-2-b, ada yang tunjuk tutorial camne nak DIY veil kan. Kat situ la saya belajar cara nak buat. Senang je, camni caranya :

1) Beli la kain chiffon lembut tu lebih kurang 1 or 1 1/2 meter 
*saya beli kain chiffon yang harganya RM29 semeter*

2) Lepas tu potong la ikot bentuk yang korang berkenan. Saya potong bentuk 'D'

3) Lepas tu, lace tepi uh saya guna lebihan lace untuk buat baju nikah uh.. jahit keliling veil tu. Lebihkan lace di bahagian kepala.

(Baru je sampai masjid.. Jantung memang dah dup dap..lajuuu!!)
Tadaaaaa...!! kan da jadi veil.. Ok la kan.. takde la burok sangat jadinye kan.. Boleh la. saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Jimat!! Takyah spend duit beratus semata-mata nak beli veil, just pakai untuk sekali je seumur hidup. 
*Jangan membazir..kegunaan duit lepas kawin lagi penting ok*

INAI LUKIS

Maaf, takde gamba inai je.. Tak sempat nak amek. Tapi dalam gamba ni korang nampak kan inai lukis tu. Saya tempah inai lukis ni kat dengan LRT Masjid Jamek, yang bawah bumbung uh. Satu tangan just RM5. So saya buat dua-dua belah tangan dan kaki. So habis lebih kurang RM20. Lebih kurang setengah jam je pakai, da merah.

(Sign 'agreement' nak jadi wife En.Hubby..hahahhaa)
Cantik inai lukis ni.. Simple dan menarik!! Saya berpuas hati ^^
(Sah dah jadi wife kepada En.Hubby terchenta)
Saya tempah inai ni one day before akad nikah, maknanya hari jumaat petang before saya balik kampung malamnya. 
*flight pukol 8.05 pm...delayed one hour...frust menonggeng...sampai rumah pukol 10 lebih..haih!!*



Setakat tu je lah pasal baju nikah, veil dan inai lukis. Lain kali saya review benda lain pulak k.. Daa

Wallahua'lam

Saturday, June 16, 2012

ARASHI vs O&G

Errkkkk~ apekah?!!

PAGI SABTU..!!

Assalamualaikum w.b.t

Satu pagi di hari sabtu. Weekend, ofkos la ramai dalam selimut lagi ni. Tapi tidak bagi kami *final year medical student USIM* -ye ke??@_@- Pagi-pagi lepas subuh dah start 'bersengkang mata' ngadap buku setebal 2-3 inchi tuhhh..!! *Fuhhh..takjub ngan korang dan diri sendiri..hahaha*.

Pastu pergi hospital praktis 'short case'!! 
(Alhamdulillah, dapat la examined beberapa orang patient. 
Cukup lah praktis klinikal untuk hari ni. 
Esok or luse sambung lagi.. heee~ ^^)
Me and syafina check paru-paru uncle!! ^^


p/s : pekena cendol sedap depan masjid!! Peerrrggghhhh~ ngantok sudaaaa =_='

Wallahua'lam

REVIEW WED : WEDDING CAKE

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak kongsi ngan b-2-b pasal 'Wedding Cake'. Saya sangat-sangat berpuas hati, wedding cake sangat cantik dan sedap *orang yang cakap, saya tak sempat nak merasa...terkilan...huuuu~ T_T* !! Yum..yum..~ ^^

Tempah : Danisha_Licious, Kuala Terengganu
Page (Facebook)
Owner (Fida Ariffin)
3 tiers cake : 8" Cake + 50 Pcs Cupcakes
Tema color : White + Maroon

Ni la kek nye...cantik!! ^^


Ni kek atas nyer... cantik kan!! ^^


50 pcs Cupcakes
*Sorry, gambar blur*

 Overall view wedding cake

Love this cake


P/s : Gambar di ambil dari facebook Kak Fida Ariffin!! ^^






Wallahua'lam

Friday, June 15, 2012

PAGI YANG KALUT!!

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi dah kalut dengan jadual revision. Serabut!!. Sekejap kelas ade, sekejap kelas takde. Tetiba ada penambahan kelas dalam jadual, tapi dalam masa yang sama clash dengan kelas lain. Aiyaaaa...memang pening la.. Last2 tahu kelas kol 9 pagi kat fakulti..pe lagi..'bergegas' siapkan diri. *last-last kena tinggal sebab lambat siap...huuuu*
Sedih kena tinggal...huuuu~ 
*nek teksi la p faculty*

Sampai je faculty, Dr.Hana dah start teaching..join je la walaupun dah hampir 1/2 jam lambat.. 
*nasib baik tak soh berdiri luar pintu lecturehall..hahahha~*

Kawan-kawan yang tengah khusyuk dengar lecture.... Me?!! Khusyuk amek gamba...hahahha~ 
*tapi telinga dengar cikgu ngajar depan uh*

Ni apa yang saya dapat masa belajar tadi la.. Hahahaha~ 

Then, balik hostel.. yaaaaaayyyyyyy!!~ 

*tetiba dapat tahu kelas kol 3 petang kat hospital!! Aiseehhh~ @_@*

Ok, itu je la apa yang berlaku sepanjang pagi tadi.. sangat 'havoc' sikit dengan kelas-kelas revision... Haillaaaaa~ Sedar tak sedar lagi 9 hari Final Profesional Exam.. grrr =o="


Wallahua'lam 

REVISION MEDICAL

Cikgu mengajar kat depan, anak murid buat nakal kat belakang... Aiyaaaa~ macam mana nak berkat belajar ni... o_O

REVIEW WED : PELAMIN

[Auto Published]


Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni sebelum start study, saya nak review pasal pelamin. Pelamin saya biasa-biasa je, tapi bagi saya simple dan cantik.. sesuai la ngan rumah saya yang ruang agak sempit sikit. So mana-mana b-2-b yang tengah mencari-cari pelamin murah tapi cantik, saya rekomenkan anda Butik FiedaErdy ni~ ^^

Ni la pelaminnya

Pelamin satu panel
Butik : FiedaErdy Wedding Boutique, Kuala Terengganu
Owner (Fieda)
Pakej : RM1600 (Sekali ngan hiasan bilik pengantin dan meja beradap)

*Sesape yang duk area Kuala Terengganu, sila-sila lah singgah Butik FiedaErdy ni..Usha page dia.. banyak pelamin-pelamin yang menarik dan cantik...updated!! Yang penting sekali, agak murah kalau nak compare ngan pakej-pakej yang ditawarkan oleh butik pengantin lain. Servis sangat memuaskan. Owner yang sangat baik, cool dan sporting ^^*

Kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh (kL) semata-mata menghadiri majlis perkahwinan saya.. sangat terharu~ Thanx n Luv u Oooolllss T__T

Ok la.. Setakat tu je la review pasal pelamin.


Wallahua'lam

Thursday, June 14, 2012

DIABETIC n HYPERTENSION

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua.. Semalam 'mood' surgery dan ENT..pagi ni tukar 'mood' medical plak. So, target hari ni dapat cover 2 topik yang sangat penting.. Diabetis Mellitus (a.k.a kencing manis) dan Hypertension (a.k.a darah tinggi). Kalau tak tahu nak manage patient with diabetic or hypertension, absolutely fail in exam..tak layak lagi jadi doktor.. Huuuu~ sebab penyakit kronik ni sangat2 common kat negara kita ni.. 0_O"!!

Ok la.. Moga di permudahkan oleh-Nya. Mulakan study dengan bacaan bismillah.... ^^


Wallahua'lam

HAPPY 5th MONTHIVERSARY!! ^^

"We thank you my Lord, for the love You are implanted in our hearts! Bless our marriage with peace and happiness and make our love fruitful for Your Glory and our joy both here and in eternity. Ameeen.."



REVIEW WED : MAJLIS BERTANDANG

Assalamualaikum w.b.t

Tengah malam buta camni, tetiba 'meroyan' jap nak review pasal majlis bertandang rumah hubby, 4 bulan yang lepas.. hahahaaha~ ^^. Takde laaa...tadi duk 'belek-belek' gambar lama, terjumpa la gambar baju sanding... saje la nak kongsi ngan b-2-b. 


Ni baju nye...


Baju songket 
Color : Silver & dark grey
Sewa : Below RM5o0
Butik : D'inai Pengantin, Raub, Pahang 
Owner : Nadzam Candidcute [facebook]

*sesapa yang duk area raub tu, boleh la try2 usha butik ni...selain dari baju, de lagi servis lain contohnya pelamin, hiasan bilik pengantin, meja beradap, khidmat photography dll.. Harga pakej boleh tahan la...hehe*

Me & hubby - depan hotel sebelum berarak ke rumah pengantin lelaki ^^

Nampak tak geng-geng motor besar kat belakang tuh?! Ha, konvoi motor besar hantar pengantin.. camtu la saya duduk atas motor uh sampai la rumah En.Hubby!! Nasib baik tak sakit pinggang...haaaiilllaaaaa~

With kawan-kawan netface (netlog + facebook), Kak Sue dan Kak Rai + Amshar *budak kecik cenonet ngah tido uh*

Me with Amshar *ngah nanges uh...hadoiiihhhh!!*. 
Entity kat belakang uh photographer part time kami (Dr.Safwan) *bila ntah nak dapat gambar nyerr...haih*


Setakat tu je la yang dapat review nye... Next time kalau rajin, review pasal benda lain plak... Hehehe~ *ngengade nak review gak walaupon dah 5 bulan kawen =P*

Wallahua'lam

Wednesday, June 13, 2012

WORDLESS WEDNESDAY [7]

"If you love your book, your book will talk to you"

Quote : Mr. Shushil (Head of ENT Department, Hospital Ampang)