Tuesday, June 19, 2012

THINK POSITIVE!! HuH~

Assalamualaikum w.b.t

Semalam tak sempat nak update blog. Pagi busy ber'dating' dengan buku, petang nya pulak busy ber'dating' dengan patient dalam ward. Hahaha~ *saje guna word best sikit, baru rasa seronok belajar*. Semalam ada announcement result exam paediatrics (kanak-kanak) *posting lepas* kat fakulti dan Alhamdulillah, saya lulus!! ^^

Selepas result exam di umumkan, proses pengundian untuk dapatkan 'turn' masa exam klinikal nanti. *owh, sangat cuak*. Menggeletar tangan masa cabut undi uh, jantung memang berdegup laju, dengan kata lainnya 'palpitation'. Tup tup...mengharapkan turn tengah-tengah, last-last dapat turn ke-3. Huuuuuuwaaaaaaaa~!! T___T. Nasik baik ke nasib malang ni??!

Cuak sangat *sebab saya diantara 6 orang terawal yang akan start dulu exam clinikal*, call En.Hubby, kononnya nak mengadu cuak *ppuuuuiiii....gediks!*, tapi En.Hubby psycho balik...makin bertambah-tambah cuak nya. Huuu~ *takde maknenye...tarik muka!! <_<*. Tapi last-last En.Hubby pujok balik....wink-wink-wink-^^

So, 
"I'm the 3rd candidate masa exam clinical nanti, hari isnin...!!! Huwaaaaaaa~ nak pengsan @_@"
Ya Allah, permudahkan lah!! T__T

Ada hikmahnya dapat turn awal...so, fikir positif!! InsyaAllah, kalau Allah izinkan kita lulus exam pro ni, walau macam mana pun, akan lulus exam *yang pastinya kena ada usaha lah*. Kalau Allah tak izinkan kita lulus exam pro, bersengkang mata siang malam pun, tetap tak lulus gak. Mungkin kita belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab yang lagi besar lepas ni, so Allah bagi kita masa lebih untuk menimba ilmu, memantapkan diri sebelum keluar menjadi seorang DOKTOR!! 

[pic credit to En.Google]

So, kawan-kawan...jangan give up study. Berusaha!! Selagi kertas soalan takde depan mata, selagi tu lah ada masa lagi untuk berjuang. Dan jangan lupa solat hajat, mintak dengan Allah, moga dipermudahkan segala urusan, dan diberi ketenangan masa jawab exam, dan moga lulus exam. *Belajar tinggi mana pun, kalau tanggungjawab kita sebagai hamba Allah diabaikan, takde maknenya k* 

Firman Allah s.w.t " Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
[Surah Al-Baqarah : 216]


Wallahua'lam

No comments: