Monday, May 21, 2012

HAPPY BIRTHDAY!!

Assalamualaikum w.b.t

[21.05.12] Hari ni birthday En.Hubby yang ke-28. Happy birthday!! Agak terkilan sebenarnya, tapi nak buat camne, study lagi penting..kena fokus, exam da dekat da. *boleh je kalau nak spend mase satu hari je celebrate birthday En.Hubby...tapiiiii....Haih~ sangat terkilan dan sedih T_T*. May Allah bless you dear.


"Happy birthday to you, happy birthday to you,
Happy birthday to my dear hubby,
Happy birthday to you"

- I Love You -

Sunday, May 20, 2012

SAD SUNDAY T__T


"Diri sendiri tak happy takpe, asalkan orang sekeliling kita happy,
Hati sendiri sakit takpe, asalkan hati orang lain tak sakit"

Siapa lah DIRI INI?? *tak penting!!*





Current mood : sangat-sangat 'down' to the max T_T

Saturday, May 19, 2012

INGAT ALLAH, HATI TENANG

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ni nak kongsi cerita tentang hati yang tenang. Manusia tak lari dari perasaan jiwa resah dan hati tak tenang. Kenapa? Di mana silapnya? Sama-sama kita muhasabah balik diri kita. Selama kita hidup sampai ke hari ni, mungkin ada sesetengah dari kita tak pernah ada masalah dan cuba menjaga hubungan sesama manusia sebaik mungkin...tapi bagaimana hubungan kita dengan Allah? Bagaimana solat kita? Amalan kita? Sebagai contoh yang mudah...ada yang mengaku tak pernah tinggalkan solat, sehari lima waktu, tetapi cuba fikir balik bagaimana kualiti solat kita? Solat di akhir waktu, adakah solat itu berkualiti? Solat tergesa-gesa *tak sampai 5 minit dah selesai*, adakah solat itu berkualiti? Ada niat 'riak' ketika solat *nak tunjuk kat orang kita ni tak pernah tinggal solat*, adakah solat itu berkualiti?

Bagaimana pula dengan amalan seharian kita.. Jangan-jangan, boleh dikira dengan jari, banyak mana amalan kita. *sighing*. Berapa banyak pula kita zikir pada Allah? Ingat Allah? Tepuk dada, tanya hati.. Masing-masing tahu jawapan nya. Bagaimana hati nak tenang kalau kita sendiri jarang ingat Allah?! So banyakkan zikir, ingat Allah selalu, InsyaAllah hati jadi tenang.. ^^


Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami. " Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah." 
[HR Hadis at-Tirmizi dan Ibnu Majah]

Allah berfirman yang bermaksud : "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
[Surah Ar-Ra'd, ayat 28]


Wallahua'lam

Friday, May 18, 2012

"KETUA BIDADARI" SYURGA

Assalamualaikum w.b.t


Saja nak share ngan korang satu artikel... agak menarik dan panjang juga!! *sila la bace* hehe. Untuk manfaat bersama. ^^



“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..” Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.

Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul? Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal 


Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. “Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata. “Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?” Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya. 


Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ‘search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”. belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; “Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.” Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-) ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j


Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~



p/s : untuk semua isteri dan juga bakal-bakal isteri, sama-sama kita mengejar title 'ketua bidadari' syurga...InsyaAllah. Moga sama-sama dapat manfaatnya~ ^^ 

Wednesday, May 16, 2012

WORDLESS WEDNESDAY [5]


Penyejuk hati dikala stress posting paediatrics.. ^^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

ENTRY EMO..!!

Assalamualaikum w.b.t

Saja nak kongsi ngan korang. 

Anak ni satu kurniaan Ilahi yang merupakan satu amanah bagi kedua ibu bapa untuk membentuknya mengikut garis yang telah ditetapkan. Anak ini juga boleh dikatakan sebagai perhiasan dunia sepertimana firman Allah : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak. Itulah kesenangan dunia da di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)." [3:14]

Hikmah mempunyai anak pula dapat memberi kebaikan kepada kita pada masa hadapan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang itu mati maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara yakni ; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakannya." [Hadith riwayat Muslim]

(Dipetik dari blog : Anak Satu Kurniaan - Reincarnation)

Sedih tengok orang zaman sekarang. Ada anak, buang!! *dah buat maksiat, zina, dosa besar...pastu di tambah lagi dengan buang anak... bertambah-tambah dosa tuh.. memang tak bau syurga lah orang macam ni..haaiihhh!!* Ramai orang yang bertahun-tahun tunggu nak anak, sampai sanggup buat IVF, IUI, betapa besar nikmatnya dikurniakan anak. *Sori..hari ni nak emo sikit*. 

"Allah boleh tarik nikmat kurniaan ini (perasaan bahagia yang teramat apabila mengendong anak sendiri), jika ia bercanggah dengan apa yang disuruh dan dilarang contoh para penzina yang sanggup buang anak sendiri tanpa belas kasihan sebab Allah tarik nikmat tu dari hati mereka yang gelap."

Anak yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan. Haih!! *mengeluh lagi dan lagi*. Bila tengok muka anak comel ni, kesian plak. Macam mana la agaknya nanti bila dah besar tanpa kasih sayang mak ayah. Hmmmm~ T___T




Wallahua'lam



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

HAPPY 4th MONTHIVERSARY HUBBY!!

Assalamualaikum w.b.t


[14.05.2012] Hari ni tepat-tepat 4 bulan dah kami mendirikan rumah tangga. Terasa baru je semalam kawen. Masih terasa 'aura' pengantin baru...hikhikhik. *uih, gataaaall yang amat!!*Happy 4th monthiversary my dear hubby, Ammar Hussein b. Rosly.. Luv u so much. Walaupun En.Hubby nun jauh di sana, tapi dekat di hati ni..seyes!! *Huwaaaaaa T_T tetiba sebak plak*. K la...





p/s : Yeeeeeeeeeeessss!! I'm too obsess with this relationship. Sebab tu la every month saya akan wish kat hubby. Rasa hubungan kami makin rapat dan mesra. Hehehe... Sesape yang nyampah, dan meluat nak baca, sila "sshhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh" jauh-jauh dari sini. =P



Wallahua'lam




Published with Blogger-droid v2.0.4

OWH..PEADS!! @_@

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdullillah.. Syukur masih bernafas di muka bumi Allah s.w.t.




Permulaan hari baru for this week..

"Hope this week is better than last week and will be 'more and more' better for next week. InsyaAllah."




Current mood - exam long case paediatrics. Owh prof bilkis.. Saya sangat2 cuak dengan anda. Huwaaaaaa T_T. Kes xde nak present esok neh.. Cane??

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 10, 2012

SERIBU TAHUN ...



"A Thousand Years"

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer


Layan jiwang jap...

Wednesday, May 9, 2012

WORDLESS WEDNESDAY [4]


credit to En.Zul Hussain - wedding photographer


Tuesday, May 8, 2012

FINAL YEAR..SUPA DUPA BUSY!!

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update blog. Last entry bila ye?? 04.04.2012?? Haaaahhhh~!!!! Sebulan lebih kot.. hehe. Actually, bukan saja-saja tak nak update, cuma takde masa free untuk mengarang blog..masa tak mengizinkan.. *nak karang kena 'perah' otak okeeyhhh!! Better aku perah otak untuk study hakoo sekarang ni..erkk @_@*. Sepanjang sebulan ni, banyak benda yang berlaku...banyak gak cerita-cerita menarik yang nak dikongsi kat sini.. tapi tak tahu nak start dari mana. *fuhhhhh...dah terkeluar ayat skema hakoo*. Last-last satu 'habok' pun tak 'tertaip' kat sini. Hadooiihhh!! Nape? Tetiba rasa cam cerita kanak-kanak je.. Segan nak kongsi ngan korang. Korang nyer cerita gempak, supa dupa, mantaappp *owh..kerdilnya rase =_='*.

Sekarang dah masuk final posting, makin hampir ngan final profesional exam.. *tetiba rasa cuak doowwhh*. Posting PAEDIATRICS, posting best, seronok, patient budak-budak kecik cenonet comey cute...sangat geram ngan derang okeeyhh!! Tapi apa yang tak best nyer lecturer-lecture yang super garang.. tiap kali kelas, memang jantung degup laju..menggigil *cuak melampau*. Sangat stress!! Nasib baik ada budak-budak comey ni. At least kurang sikit stress belajar. Hehehe.. Ok la..terpaksa 'chow'. Dah lama mengadap blog, karang cerita yang ntah pape *ngarot lebih*. K, Bye



"Sekali-sekali release tension...ride ngan En.Suami ke mempaga, kenduri kahwin. Sangat best!! Hahahaha~"