Friday, July 27, 2012

TIP 2 : SANGGUP MENJADI PAHLAWAN


Buku : 60 Tip Menjadi Isteri Cantik & Solehah
Penulis : Siti Aminah Ismail




RASULULLAH s.a.w berkata,

"Wahai Ummu Saad, terima dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, orang yang terbunuh itu saling berteman di dalam syurga, dan mereka semua memberikan syafaat untuk keluarganya."


Kata- kata ini ditujukan kepada Kabsyah binti Rafi' bin Muawiyah bin Ubaid bin al-Abjar al-Ansyariyah al-Khudriyah. (Thabaqat Ibnu Saad, 8/37; al-Isti'ab, 4/383; Usdul Ghabah [7230]; al-Istibshar, ms.129)


Beliau adalah seorang ibu yang memutuskan setiap perkara dengan hukum Allah s.w.t. Anak beliau adalah penjaga Rasulullah semasa Perang Badar, pemegang panji daripada golongan Ansar, serta salah seorang ahli Majlis Syura Rasulullah ketika itu. Anak beliau ini digelar As-Siddiq, orang yang kedua mendapat gelaran itu selepas Abu Bakar. Anak beliau juga menjadi wakil Rasulullah ketika Perang Buwath. Kelebihan ibu ini turut diakui oleh Ibnu Saad dengan berkata,

"Orang yang pertama berbaiat (memberi sumpah setia) kepada Rasulullah adalah Ummu Saad iaitu Kabsyah binti Rafi' bin Ubaid, Ummu Amir binti Yazid bin As-Sakan dan Hawa' binti Yazib bin As-Sakan."


Semasa Perang Badar, beliau meniupkan semangat kepada anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz, agar berangkat dan berjihad kerana Allah, dengan sebenar-benar jihad. Semasa Perang Uhud pula, Ummu Saad terlibat secara langsung bersama beberapa Muslimah yang lainnya. Berita kekalahan tentera Muslimin dan gugur syahidnya anak beliau, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuannya. Namun, berita-berita itu ternyata kurang penting kepada ibu ini berbanding keselamatan diri Nabi. Beliau bersegera ke medan perang bagi melihat dengan matanya sendiri, keadaan dan keselamatan Rasulullah.


Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata,

"Selagi aku melihat engkau dalam keadaan selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) terasa sangat ringan."



Di saat Perang Khandaq meletus, Rasulullah s.a.w mengarahkan para Muslimah dan kanak-kanak yang turut serta, berlindung di dalam benteng Bani Haritsah yang sudah siap dibina. Turut berada di situ adalah Aisyah yang digelar Ummul Mukminin dan Ummu Saad. Aisyah berkata Saad bin Muadz pergi menyertai pasukan perang dengan mengenakan baju besi yang pendek, sehingga seluruh tangannya terdedah. Ummu Saad menasihati anaknya agar bersegera supaya tidak ketinggalan walau sesaat pun bagi mendampingi Rasulullah. Beliau tidak henti-henti menasihati dan meniupkan semangat jihad kepada anaknnya. Beliau berkata,

"Wahai anakku, cepatlah berangkat. Demi Allah, engkau sudah terlambat."


Dalam peperangan itu, Saad terkena anak panah yanv dilemparkan oleh Hibban al-Urqah. Anak panah itu memutuskan urat yang hampir dengan mata kakinya.


Saat itu, Saad sempat berdoa kepada Allah s.w.t dengab doanya yang sangat masyhur,

"Ya Allah sekiranya Engkau masih mahu peperangan melawan Quraisy ini berlangsung, panjangkanlah usiaku supaya aku dapat menyertainya. Tidak ada kaum yang suka aku perangi kerana Engkau, selain daripada kaum yang sudah menyakiti Nabi-Mu, mendustakan dan mengusirnya. Ya Allah sekiranya Engkau mengizinkan kami berperang dengan mereka, maka jadikanlah mati syahid untukku dan janganlah Engkau uji aku sehingga aku berasa senang kerana dapat mengalahkan Bani Quraizhah."


Ternyata Allah memakbulkan doa Saad bin Muadz. Yahudi Bani Quraizhah kemudian melanggar perjanjian yang sudah dimeterai bersama Nabi. Keputusan menghukum Bani Quraizhah diserahkan kepada Saad bin Muadz. Beliau memutuskan agar kaum lelaki Bani Quraizhah dibunuh, manakala kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Sebaik-baik sahaja urusan Bani Quraizhah selesai, luka pada kaki Saad semakin parah dan akhirnya beliau meninggal dunia. Sekali lagi Ummu Saad diuji dengan kehilangan anak. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi'. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas pada wajahnya.


Lalu Rasulullah s.a.w menghiburkan beliau dengan berkata,

"Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya." (Siar Alamin-Nubala', 1/293: Thabaqat Ibnu Saad, 3/434; Majma' Az-Zawa'id, 9/309)


Hatinya gembira dengan perkhabaran Nabi. Beliau hanya mengharapkan pahala di sisi Allah dan Rasul-Nya atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada, apatah lagi setelah mengetahui ketinggian mertabat seorang syahid. Beliau mendahulukan cintanya kepada Allah dan Rasul berbanding perkara lain, walaupun perkara itu sangat berharga kepada manusia lain, seperti harta dan anak-anak. Di atas sifatnya ini, beliau layak mendapat khabar gembira daripada Allah dan Rasul-Nya, sebagai penghuni syurga.Ummu Saad menerima khabar itu sewaktu berakhirnya Perang Uhud. (Al-Maghazy, 2/315-316; as-sirah al-Halabiyah, 2/545-546)

Ketika Nabi mengetahui gugurnya Amru bin Muadz bersama sebelas syuhada lain di medan Uhud, beliau lantas berkata,

"Wahai Ummu Saad, terima dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, orang yang terbunuh itu saling berteman di dalam syurga, dan mereka semua memberikan syafaat untuk keluarganya."

Nabi turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa,

"Ya Allah, singkirkan kesedihan dan ringankanlah musibah mereka. Berilah pengganti yang baik kepada orang yang mereka tinggalkan."

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah pernah berkata,

"Barang siapa yang sabar dan ikhlas mencari pahala kerana kematian tiga orang anaknya, maka dia akan masuk syurga."

Seorang wanita yang berdiri bertanya,

"Bagaimana dengan dua orang anak?"

Nabi kemudian menjawab,

"Begitu juga dengan dua orang anak." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasaei dan Ahmad)

Semoga keikhlasan dan kesabaran Ummu Saad mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pendamping utama Rasulullah di medan dakwah dan jihad, menjadi contoh kepada ibu kaum Muslimin hari ini, supaya mereka menjadi pahlawan yang sebenarnya.


Wallahua'lam

Wednesday, July 25, 2012

TIP 1 : SANGGUP BERKORBAN

Buku : 60 Tip Menjadi Isteri Cantik & Solehah
Penulis : Siti Aminah Ismail


PENGORBANAN seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita mungkin kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan itu.

Sehinggakan hari ini, ada wanita islam mencari pengiktirafan selain daripada agama kerana berasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Malah ada yang turut menuntut persamaan hak seperti di Barat.

Apa yang berlaku ini bukanlah salah mereka semata-mata. Masyarakat Muslim lain turut bertanggungjawab kerana kita dianugerahkan Allah dengan tugas kenabian, bagi memberi harapan dan bimbingan kepada manusia lain.

Allah berfirman :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah : Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Al-Israa' : 23-24)

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa dan mentaati mereka. Bagi wanita yang belum berkahwin, ketaatan mereka adalah kepada kedua ibu bapa. Apabila mereka berkahwin, ketaatan itu berpindah kepada suami mereka. Menyakiti hati mereka , adalah dosa yang amat besar.

Ismail ibnu Umaiyyah berkata ada seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. Kata lelaki itu,
"Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat."
Rasulullah menjawab,
"Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, sekalipun engkau dibakar ataupun dibelah dua."
Lelaki itu berkata lagi,
"Wahai Rasulullah, tambahkanlah."
Rasulullah menjawab,
"Jangan engkau minum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan."
Lelaki itu meminta lagi,
"Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu."
Rasulullah menjawab,
"Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah mengikut kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan)mu tetapi buatlah agar mereka takut kepada Allah."

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Wallahua'lam

60 TIP MENJADI ISTERI CANTIK DAN SOLEHAH

Assalamualaikum w.b.t 

Salam ramadhan untuk semua. Hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa. Alhamdullilah, masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan mulia ni.. So far, macam mana puasa? Ok? Hehe.. Tadi duk 'belek-belek' rak buku, tiba-tiba terjumpa satu buku ni. Dah lama dah beli, tapi takde peluang nak baca.


Ni lah buku nya.. "60 Tip Menjadi Isteri Cantik & Solehah"
Penulis : Siti Aminah Ismail
Wanita adalah kunci kebaikan kepada sesuatu umat. Wanita bagaikan batu-bata yang berperanan membangunkan generasi manusia. Apabila kaum wanitanya baik, maka baiklah suatu generasi. Sebaliknya apabila kaum wanita itu rosak, akn rosak pulalah generasi itu.

"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau."

Saja nak kongsi ngan isteri-isteri dan bakal-bakal isteri kat luar sana. Buku ni adalah himpunan tip bagi membantu para isteri menjadi muslimah yang hebat untuk dirinya, keluarga dan orang disekelilingnya. Enjoy reading keyh!! ^^

Wallahua'lam

Saturday, July 14, 2012

HAPPY 6th MONTHIVERSARY!! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur pada-Nya. Sudah enam bulan kami mendirikan rumah tangga. Moga rumah tangga kami akan kekal bahagia sampai bila-bila.*Lurve*


Coretan Untuk Suami Tercinta

Wahai Suamiku,

Terima Kasih kerana memilih aku untuk menjadi isterimu.
Mengambil tanggungjawab untuk menjaga aku daripa ibu bapaku adalah
satu pengorbanan yang sangat besar buatku.
Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih
dan membalasi kebaikan darimu. Moga-moga aku dari kalangan wanita
yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Wahai Suamiku,

Membina rumahtangga adalah satu jual beli yang mencabar sekali. Dunia
perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun, aku
belum pasti. Apakah aku pandai bersikap di waktu-waktu mendapat
untung, aku belum pasti. Dan lebih-lebih lagi aku tidak dapat
berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat-saat yang merugikan.

Aku takut wahai suami,melihatkan berapa ramai isteri-isteri yang
bermusuh dengan suami yang dicintai dihari-hari mereka di uji Tuhan.
Sehari sebelum, diwaktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya
besoknya mereka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan
sudah beritahu; "..didalam Neraka ramai wanita kerana penyakit kufur
nikmat".

Aku merayu padamu wahai suami,

Tolong doakan wahai suami, supaya isterimu adalah seorang yang boleh
memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga-moga
rumahtangga kita ini ialah masjid yang menaungi jemaah islamiah,
tapak kepada ummah.

Akhirnya wahai suami, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar
rumahtangga ini benar-benar menjadi masyarakat islam contoh kepada
generasi masa kini


Wallahua'lam

Thursday, July 12, 2012

OWH DURIAN..

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang musim durian. Rata-rata kedai buah kat sini, penuh ngan durian..bertingkat-tigkat plak susun durian. Memang saje je depa ni buat saya 'terliur' tengok durian uh. *errkkk, banyak nye word 'durian'. Each statement ada!!* Lepas tu, mula lah perut ni mengidam nak makan durian...hahahaha~ *no hidden meaning keyh!!*

Petang kelmarin, lebih kurang pukul 6 petang kot, En.Hubby tetiba je ajak keluar pi beli durian.. *Yay~ akhirnya!!* Tak fikir panjang terus pakai tudung ekspres, T-shirt, cardigan labuh dan jeans, memang santai habis, pi pasar beli durian. 


[Saje nak inteprem..haha~ Masa ni ngah tunggu En.Hubby settlekan kerja dia kat bank kejap. 
*sempat lagi begambo!! aiyaa~*] 

Sampai je pasar, memang rambang mata. Banyak wokeyh!! Harga pun boleh tahan mahal nya.Satu kilo boleh mencecah RM 20+. Fuhyooo~ Untung kot jual durian.

[En.Hubby ngah nego harga ngan tuan kedai..hehehe]

Lebih kurang 15 minit gak duk survey-survey, usha-usha, belek-belek durian, akhirnya beli gak 3 biji durian. Tiga je?! Cukup la tu, untuk kami berdua je nak makan. Beli banyak nanti tak habis, membazir...ye dak??! Tiga biji harga RM 53!! *Hamek kau...mahal giler!!*.

[Nasib baik isi durian ni sedap. Berbaloi la habis 50 hengget..memang sampai menjilat jari! Yum..yum] 

[Hadooyyaaiiii~ bnyak ni je?! Bagi saya, ni tak cukup..huwaaaa T___T]

Apa-apa pun, overall durian ni sangat sedap. Lain kali beli lagi...hahaha *kena korek tabung ni @_@*. Tak pun lepas ni kena tanam pokok durian depan rumah. Nanti senang, dah ade buah, petik je dari pokok uh... hahahaha *cam petik bunga je...hampeh!!*

[Owh, ni satey ayam dan daging. En.Hubby la tetiba teringin sangat nak makan satey. So belilah kat pasar uh. Rasa ok laaa...hmm]

K la...daa~

Wallahua'lam




Monday, July 9, 2012

RUMAHKU SYURGAKU!! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam lama tak update blog. Ni yang masalahnya bila 'temporary off blogging', nanti bila nak start balik mem'blogging' mula lah takde idea lah, busy dengan benda lain lah, malas lah...macam-macam alasan!! Baru lepas exam sebenarnya..tapi sekarang taknak cerita pasal exam. Nak cerita pasal 'rumahku'!! hehe~ Beberapa hari lepas, dah habis belajar kena lah angkut bawa balik semua barang-barang kat hostel tuh. Banyak giler wokeeyhh!! kena buat 2 trips kot.. Hohoho~ Bawa balik mana?! Ofkos lah bawa balik rumah 'kami'... Weeeeee~ ^^. Tersangat excited sebab lepas ni dah tak duk jauh-jauh dah ngan En.Hubby. Hari-hari ngadap muka En.Hubby terchenta ni.. *hahaha...gediks wokeyh!!*. Dah lama dah rumah ni menanti 'suri' nya. Dan alhamdulillah, semalam secara official nya, saya Nor Elya Farhana telak dilantik menjadi suri rumah sepenuh masa kat rumah ni. Hoooreeyy!! *tahniah...tahniah..^^*

Kawan-kawan....ni la rumah saya ^^

 
[Ni overall deko rumah.. Pemilihan color rumah, En.Hubby yang tentukan..hehe]
 
[Ni ruang tamu rumah kami. Simple je, tapi saya suka. *Sila abaikan langsir rumah uh. Langsir belum jahit lagi, ni amek je yang sedia ada kat rumah mertua..hehe*]

 
[Ni ruang makan. Nampak tak cermin besar kat dinding uh?!! 
Saya sangat-sangat suka wokeyh cermin tuh. Sangat besar dan boleh nampak seluruh badan kita. 
Tepi cermin uh, ruang dapur. *Time nak masak je, belek cermin dulu...hahahhaha*]
 
 
[Ni ruang dapur. Tak renovate pun lagi. Tunggu ada bajet dulu. 
Ruang masak agak kecik sikit, tapi ok lah, buat sementara waktu.
*sangat enjoy masak untuk En.Hubby, walaupun tak 'teror' sangat masak..haha*]

 
 [Ni pula ruang tangga. Nampak kosong. Takde idea lagi macam mana nak deko ruang tangga, nak bagi nampak simple tapi cantik.. Hmm~ *satgi nak ngusha En.Google*]

[Ni pula ruang tamu kat tingkat atas. Cukup lah satu sofa, satu TV, satu meja dan rak buku. 
Maybe nak tambah karpet satu. Hehe~ 
Yang tu master bedroom *gambar??!! Hohoho..mana boleh tunjuk tempat beradu kami..hahaha =P*]

1st day jadi fulltime housewife, sangat-sangat penat. Banyak benda nak kena buat. Masak, kemas rumah, kemas dapur, basuh baju, cuci pinggan mangkuk, lipat baju, setup bilik tidur.. Huwaaaa~T__T *ni lah 'padah'nya bila suri takde kat rumah*. Tapi saya enjoy sebenarnya buat kerja rumah ni, walaupun penat. 

Penat sekelip mata je hilang bila :

1. En.Hubby puji masakan saya *walaupun bagi saya kurang 'UUhhmM' sikit*
2. En.Hubby puji saya rajin dan pandai kemas rumah *rasa terapung-apung sekarang ni*
3. Tengok muka En.Hubby balik kerja, manis je...hehe *'zzzuuuuuupppppp'!! terus hilang penat!*
4.Fikir En.Hubby dah penat kerja, apa salahnya kalau saya penat sikit buat kerja kat rumah, lagi pun tu kan rumah kami..sape lagi nak tolong kemaskan kan..kan..kan *selagi ada masa free, nanti bila dah kerja susah!!*


Ok lah..rasa macam banyak pula membebel kat sini. Saya 'chow' dulu k, banyak lagi kerja rumah tak siap. Daa~

Wallahua'lam

Saturday, July 7, 2012

A MOMENT TO REMEMBER!! ^^

[Auto Published]

"Now and then it's good to pause in our pursuit of happiness and just be happy"
^^



I'm gonna miss u all, my dear friends..

"Thank you for being there for me through some of the most difficult time in my life,
Thank you for being genuinely happy for my success and good fortune, as if it were your own,
Thank you for forgiving my faults, and immature lapses in judgment and for tolerating my idiosyncrasies,
Thank you for the phone calls, notes, e-mails, and IMs of support when i was overwhelmed with life,
Thank you for being my friend always, not just when it was convenient,
Thank you for letting me vent, and trusting me enough to tell me what's bothering you,
Thank you for making time for me, even on your busiest days,
Thank you for not letting time or distance affect our friendship,
Thank you for being honest with me when I really needed you to be,
Thank you for asking how i'm doing, and actually wanting to hear the answer,
Thank you for hugs, smiles, inside jokes, and memories,
Thank you for understanding that I could never write a long enough blog post to express how much you all mean to me."

Thanks for everything

Especially to my group study (Syafina, Puteri, Wani, Bahiyyah, Siti dan Sakinah)
And also to all my Gen2 friends (USIM 2nd Batch)


Wallahua'lam