Tuesday, May 15, 2012

ENTRY EMO..!!

Assalamualaikum w.b.t

Saja nak kongsi ngan korang. 

Anak ni satu kurniaan Ilahi yang merupakan satu amanah bagi kedua ibu bapa untuk membentuknya mengikut garis yang telah ditetapkan. Anak ini juga boleh dikatakan sebagai perhiasan dunia sepertimana firman Allah : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak. Itulah kesenangan dunia da di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)." [3:14]

Hikmah mempunyai anak pula dapat memberi kebaikan kepada kita pada masa hadapan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang itu mati maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara yakni ; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakannya." [Hadith riwayat Muslim]

(Dipetik dari blog : Anak Satu Kurniaan - Reincarnation)

Sedih tengok orang zaman sekarang. Ada anak, buang!! *dah buat maksiat, zina, dosa besar...pastu di tambah lagi dengan buang anak... bertambah-tambah dosa tuh.. memang tak bau syurga lah orang macam ni..haaiihhh!!* Ramai orang yang bertahun-tahun tunggu nak anak, sampai sanggup buat IVF, IUI, betapa besar nikmatnya dikurniakan anak. *Sori..hari ni nak emo sikit*. 

"Allah boleh tarik nikmat kurniaan ini (perasaan bahagia yang teramat apabila mengendong anak sendiri), jika ia bercanggah dengan apa yang disuruh dan dilarang contoh para penzina yang sanggup buang anak sendiri tanpa belas kasihan sebab Allah tarik nikmat tu dari hati mereka yang gelap."

Anak yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan. Haih!! *mengeluh lagi dan lagi*. Bila tengok muka anak comel ni, kesian plak. Macam mana la agaknya nanti bila dah besar tanpa kasih sayang mak ayah. Hmmmm~ T___T




Wallahua'lam



Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

umi aisha karim said...

kak elya.. cute nye budak tu :)

eLyA said...

Kaaaaannn... Tao xpe. Comel kot budak neh ^^

Anonymous said...

waahhh...dah prektis dah eh...bagus2.....nanti tak de la kekok..hihi...anyway akak doakan semoga eLya berjaya dengan cemerlang dan bakal menjadi seorang doktor nanti.... :)