Saturday, May 19, 2012

INGAT ALLAH, HATI TENANG

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ni nak kongsi cerita tentang hati yang tenang. Manusia tak lari dari perasaan jiwa resah dan hati tak tenang. Kenapa? Di mana silapnya? Sama-sama kita muhasabah balik diri kita. Selama kita hidup sampai ke hari ni, mungkin ada sesetengah dari kita tak pernah ada masalah dan cuba menjaga hubungan sesama manusia sebaik mungkin...tapi bagaimana hubungan kita dengan Allah? Bagaimana solat kita? Amalan kita? Sebagai contoh yang mudah...ada yang mengaku tak pernah tinggalkan solat, sehari lima waktu, tetapi cuba fikir balik bagaimana kualiti solat kita? Solat di akhir waktu, adakah solat itu berkualiti? Solat tergesa-gesa *tak sampai 5 minit dah selesai*, adakah solat itu berkualiti? Ada niat 'riak' ketika solat *nak tunjuk kat orang kita ni tak pernah tinggal solat*, adakah solat itu berkualiti?

Bagaimana pula dengan amalan seharian kita.. Jangan-jangan, boleh dikira dengan jari, banyak mana amalan kita. *sighing*. Berapa banyak pula kita zikir pada Allah? Ingat Allah? Tepuk dada, tanya hati.. Masing-masing tahu jawapan nya. Bagaimana hati nak tenang kalau kita sendiri jarang ingat Allah?! So banyakkan zikir, ingat Allah selalu, InsyaAllah hati jadi tenang.. ^^


Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami. " Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah." 
[HR Hadis at-Tirmizi dan Ibnu Majah]

Allah berfirman yang bermaksud : "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
[Surah Ar-Ra'd, ayat 28]


Wallahua'lam

No comments: