Friday, September 21, 2012

MENU LUNCH

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam lama tak update blog..hahaha..takde idea la nak mengarang, lagi pun bukan ada orang yang nak baca pun kan..hahaha *perasan je lebih*. Sepanjang 2 bulan ni just blogwalking je kat blog-blog "meletop pom pom". Saya suka follow blog resepi. Sejak jadi housewife ni, asik duk ngusha-ngusha resepi. Macam-macam nak try masak..masak itu la..masak ini la...hahaha~ Seronok sebenarnya masak ni. Lebih-lebih lagi kalau ada yang makan..semngat nak masak tu membuak-buak.. *okeyh...tao over!! haha*

So, bila cerita pasal resepi ni, saja nak kongsi menu lunch saya dan En.Hubby untuk hari ni. Masak simple je. Malas nak masak yang complicated tu. Hajat di hati, ingatkan nak masak ikan cencaru bakar, tapi bahan-bahannya pulak tak cukup. Gi 'godek-godek' peti ais, yang ni je mampu masak nya. K la, taknak cerita panjang-panjang, jom layan gambar!! ^^

 Menu lunch :
1) Ikan merah masak lemak cili padi
2) Ayam & sotong goreng tepung
3) Ayam goreng kunyit dengan kacang buncis

Banyak ke?? Hahaha.. Biasa-biasa je. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Tu yang boleh pelbagaikan sikit lauk tu. Korang nak resepi ke?? Haha..ofkos la korang taknak kan. Menu camni siapa-siapa pon boleh buat. Kacang je ni. Betol tak??!! Tapi takpe lah.. Saya bagi juga resepi ni, maybe lain sikit dari korang nyer resepi kan..hehe..sekadar berkongsi!! "Sharing is caring" kan ^^

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI

 Bahan-bahan :
Ikan merah (2 slices)
Cili padi - 10 biji
Kunyit hidup - 3 cm
Serai - 1 batang
Santan - 1 kotak kecil
Asam keping - 1 keping
Kentang - potong 4
Garam

Cara-cara:
1) Cili padi dan kunyit ditumbuk lumat.*kalau takde lesung batu tuh, korang boleh blend je*
2) Satukan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan kentang.
3) Jerang periuk atas api sederhana
4) Biarkan ia menggelegak dan masukkan kentang dan garam secukup rasa.
5) Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan kentang nampak lembut.
6) Tadaaaaaaaaaa...sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

 
Bahan-bahan :
Ayam - dipotong dadu
Kacang buncis
Bawang besar - 1 labu (di mayang)
Bawang putih - 1 ulas (di mayang)
Cili merah - 1 biji (di mayang)
Garam

Cara-cara :
1) Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. 
2)Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Ketepikan ayam goreng.
3) Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. 
4) Masukkan sedikit garam.
5) Masukkan kacang buncis
6) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
7) Masak lebih kurang beberapa minit, lepas tu siap untuk dihidangkan.

AYAM & SOTONG GORENG TEPUNG

 
Bahan-bahan :
Ayam
Sotong
Tepung Bestari

Cara-cara :
1) Basuh ayam dan sotong sehingga bersih
2) Masukkan sedikit tepung bestari kedalam bekas yang berisi sedikit air, sehingga nampak sedikit pekat.
3) Kemudian masukkan ayam dan sotong ke dalam bekas tadi (sehingga tenggelam ayam dan sotong tu)
4) Perap lebih kurang 30 minit
5) Kemudian letakkan tepung bestari dalam bekas *Ni yang lain tao..bukan tepung yang guna untuk perap tu eh..hehe*. Gaulkan ayam dan sotong, satu persatu, kedalam tepung.
6) Panaskan minyak dan goreng ayam dan sotong tadi sehingga masak.
7) Sedia untuk dihidangkan.

Siap masak lebih kurang dalam pukul 3 petang. En.Hubby balik kerja pukul 4 *sepatutnya habis kerja pukul 3..kena extend la tuh..ramai patient gamaknya kat hospital uh*. Lepas makan, tetiba En.Hubby masuk dapur *masa tuh saya ngah cuci pinggan*, En.Hubby  cakap "sedap..pandai sayang abang masak". Waaaaaaaahhhh!! Hati berbunga-bunga. Dalam masa yang sama malu la bila kena puji ni.. hahahha~ Ni dah kali ke berapa ntah En.Hubby cakap camtu, dan berapa kali jugak la rasa cam berbunga-bunga.*owh...dah koya lebih ni* =P

Ok lah..rasa macam lama pulak menaip nyer. Saya suka cuba resepi-resepi ni, ternampak je dalam internet, terus nak try. Haha~ Lain kali, saya share resepi lain pulak okey!! Daaa..






p/s : Kalau rasa agak-agak kompius atau tak faham apa yang saya tulis tu, boleh tanya..takde masalah..hehe ^^

Wallahua'lam

6 comments:

Jojoe said...

fuyooooo..elya masak..kagumnyaaa..hehehe... ayam goreng kunyit tu my peberet tau... ada jer org baca blog ni... rajin2 update yer...

eLyA said...

Hamboih!! x percaya nampak <_< Sejak kawen ni kena lah selalu masak.. perut suami kena jaga. Hehehe~

Jojoe said...

ya betul.... akak pun duk blajar2 mantapkan masakan neh..hahaha

eLyA said...

Bagus2..sy baru belajar masak..akak nak mantapkan masakan. Wah!!

Jojoe said...

hahaha.. mantap ker ? hahaha... xpandai pun masak2 neh.. janji bleh makan cukupler...nk sedap suh si dia kawin chef,..hehehe

eLyA said...

Kawen ngan chef betol2 kang baru tao...nanges x berlagu..muahahahahaha. Gurao je kak~^^