Thursday, June 16, 2011

TAK PERLU TAKUT

Salam..


Just nak share ngan korang!!

_________________________________________________________________

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya."

[Surah al-Araf 7: Ayat 42]


Sesungguhnya Allah tidak akan menguji manusia dengan apa yang mereka tidak mampu. Jadi setiap cabaran dan ujian yang diberi oleh Allah s.w.t itu adalah mengikut kemampuan setiap manusia itu. Mungkin kita melihat Pengajian Perubatan itu susah, dan Sains Kemanusiaan itu senang sebagai contoh.

Bagaimana pula jika kita meletakkan pelajar perubatan untuk mempelajari Sains Kemanusiaan. Saya kira barangkali, mereka juga tidak dapat memahami sepenuhnya. Kita merasakan Pengajian Perubatan itu susah, tetapi mungkin bagi mereka tidak. Allah sudah menyusun sebaik-baik rancangan untuk setiap dari kita. Kita haruslah sentiasa positif dengan setiap dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini, kerana sekali kita beralasan, kita akan beralasan selamanya.


_________________________________________________________________



Bye

No comments: