Friday, March 23, 2012

OWH...ISTERI~!! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Salam jumaat untuk semua pembaca tegar. Sekejap betol masa berlalu. Terasa baru je semalam start minggu baru, hari ni dah hari jumaat. *pejam celik..pejam celik*. Apa2 pun, syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. ^^

Hari2 berlalu seperti biasa..rutin harian ke hospital, prektis some short cases..then balik hostel. *hari ni balik awal, kononnye nak study, prepare untuk exam next week*. Satu hari tak buka 'muka buku' memang tak sempurna hidup.. *owh dahsyat keyh!!*. Tetiba terbaca satu post ni dan dah kongsi ngan en.suami tercinta.. Ni post nyer :


'Soalan - kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je..sekali ni je, tapi beli juga'

Jawapan Ustaz Azhar Idrus (UAI)

'Wanita macam budak2 suka membeli. Contohnya budak2, pantang tengok mainan terus je nak..padahal mainan banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi..nak beli lagi.. Wanita memang suka tengok benda yang cantik. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT.. kalau bukan isteri yang nak habiskan duit, siapa lagi.. Kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk, kuali, dll.. SUAMI JANGAN MARAH, ISTERI BESAR JASANYA..beranakkan anak, jaga anak2, tolong basuh baju kita, tolong masak, kemaskan rumah dan lain2. Orang perempuan memang macam tu. Kita jangan marah lah. Kalau dia kata nak beli sekali ni je, tak beli lagi lepas ni, jangan percaya. Kalau percaya, BODOH.'


Hahaha..nak gelak pun ade gak baca jawapan ustaz ni. Confirm!! Isteri2 kat luar sana terlompat2, menjerit2 sokong 100% ngan jawapan UAI uh. *termasuk la diri ni..hamboih!! Sronok betol >.<* Haha..

Tapi sekadar ingatan untuk diri sendiri dan isteri2 kat luar sana. Walaupun dah di beri 'green light' berbelanja, tapi jangan lah terlalu boros berbelanja. Memang la duit suami. Tapi suami penat kerja cari duit, sanggup berhujan panas, semata-mata nak mencari rezeki untuk isteri dan anak2. Kesian en.suami kan..kan. 'BOROS BERBELANJA DAN MEMBAZIR TUH DA AMALAN SYAITAN..HARAM, BERDOSA TAU'. Kalau sampai beli baju atau kasut, padahal banyak lagi tak guna, pada pendapat saya, tu tak patut la kan. Guna apa yang ada.

Dalam institusi rumah tangga, kena la pandai berbelanja. Dahulukan mana yang penting, selebihnya boleh la nak penuhi 'kehendak', tapi jangan lah melampaui batasnya. So, isteri2 sekalian, kalau en.suami tak bagi duit tuh, maknanya depa bukannya kedekut..depa fikir untuk masa depan, untuk anak2 nanti. Apa yang saya respect sangat kat makhluk Allah yang bergelar suami ni ialah, depa fikir 'long term' nya plan tau. Kalau isteri, depa fikir masa tuh je.. *saya bukan nak kondem orang perempuan/isteri2..ni pun terkena kat batang hidung sendiri*. Tu apa yang saya nampak pada en.suami saya. Hehe.. *ni yang buat saya bertambah2 sayang kat en.suami*. 

Taknak berceloteh panjang kat sini *study tak habis lagi ni*, next time sambung lagi OK.

Renungan bersama :

'Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya, ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan berjimat cermat membelanjakannya.'

(Riwayat Inbu Majah)


p/s : Moga dapat menjadi isteri yang solehah untuk en.suami.. Ameenn~

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: