Wednesday, December 14, 2011

PATUT KE SALAHKAN ORANG LAIN?

Assalamualaikum w.b.t

Sedih...sebak..geram..nak marah.. Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Jiwa kacau bila dengar berita yang agak 'melampau' kot. Perlu ke salahkan orang lain sebab kesalahan diri sendiri? Libatkan orang lain dalam masalah yang korang sendiri cari? Ke ataupun sesaje nak apply 'SUSAH SENANG BERSAMA' eh? Owh, serious saya tak faham dengan orang macam ni. Tak nak tulis banyak-banyak. Sesaje je dapat dosa free. Astaghfirullahalazim *sambil geleng-geleng kepala*



p/s : Lain kali, sendiri buat...sendiri tanggung k >.<


Wallahua'lam.. 

Saturday, December 10, 2011

DA PREPARE??

Assalamualaikum w.b.t

Sesambil tunggu bulan yang malu-malu untuk tunjukkan diri dia, berselindung di sebalik awan, nak merapu kat sini sekejap *sambil membetulkan tulang-tulang jemari...lama nak kena taip ni..hehe*

Pagi-pagi lagi (8.45 am) *awal la kan, untuk weekend*, da merangkak ke Hospital Kuala Lumpur, ada 'date' ngan HOD Paeds HKL..hahaha. Waktu yang di janjikan kol 9.30 am, tapi kol 9.20 am kami da terpacak depan Institut Paediatrics *saya bangga dengan diri saya*. Lebih kurang 2 jam sesi belajar *mock exam sebenarnye* dengan Dr.Kamarul, ada la dapat belajar sikit-sikit.. Otak da lama berkarat *untuk makluman, saya sekarang ngah posting Ortho, tapi hari ni mock exam Paeds..mana tak biol..errkk*. Tapi kan, da final year medical student, sepatut nya da prepare la kan..kan..kan. Lagi 6 bulan je nak final exam *lambat lagi la tapi..hehe*. Nanti da jadi doctor nanti, kena la tahu semua benda kan. 

Setelah dihentam kaw-kawnya, diasah, digasak *errkk, ada ke word ni*, dibuli, dimarahi...baru datang kesedaran. Saya belum prepare lagi untuk final exam...belum layak lagi untuk bergelar seorang doctor...belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab as a House Officer (HO) nanti. Ibarat nyawa patient di tangan kita *owh, tahu..saya terlalu exegerated sikit...hehe*.  Kalau tak pegang betul-betul, tak pandai jaga, tak rawat betul-betul, boleh hilang nyawa depa. *nauzubillah*



- takut memikirnya bila dah kerja nanti -



Bila dah ada kesedaran tu, sepatutnya kena cuba improve la kan..Hehe. InsyaAllah, I'll do my best. Moga dipermudahkan oleh-Nya, dalam setiap urusan. Moga ada berkat dan redha-Nya, sepanjang mencari ilmu. Niat belajar perubatan kerana Allah s.w.t.



Wallahua'lam..


Friday, December 9, 2011

JANGAN SESEKALI MENGELUH

Assalamualaikum w.b.t

Petang2 camni, taknak la merapu-merepek kat sini. Cuma nak berkongsi cerita, ilmu *ada ke?? errkk, cam tak berpekdah jer blog aku neh...kalo korang rase xde pekdah, sila stop bace n stop follow..hehehe*, selain tu boleh berkongsi rasa, pendapat dan sebagai nya. 

"Jangan sesekali mengeluh".. Fuhhh, sangat susah kan?? Kadang-kadang takleh nak control. Bila bagi homework sikit, mengeluh! Bila rasa susah sikit, mengeluh! Bila Allah bagi rasa sakit sikit, mengeluh! Allah uji sikit, mengeluh! Ada berlaku perkara buruk sikit, mengeluh! Di beri tanggungjawab lebih sikit, mengeluh! *banyaknyer word mengeluh* Pendek kata, manusia neh, asyik mengeluh je la... *owh, terkena batang hidung sendiri*. Orang-orang tua dulu-dulu cakap, kalau mengeluh nanti cepat tua..ha, korang nak?? *ntah betol ke idak yer..haha*. Tapi masa aku sekolah dulu, ustazah de pesan, jangan mengeluh sebab Allah tak suka hambanya yang asyik mengeluh. So, jangan sesekali mengeluh jika kita mengalami kesusahan dalam melakukan sesuatu perkara itu, ataupun dalam apa jua keadaan, ia umpama kita sudah menyerah kalah atau putus semangat untuk mencuba. Sebaiknya berdoa kepada Allah supaya segala urusan itu dipermudahkan. Ameen..




Pernah terbaca satu hadis  : 

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w menemui Aisyah r.ha ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, 'jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu baca Allah akan menghilangkan sakit daripadamu.' Aisyah berkata : 'Ajarilah aku'. Baginda bersabda : 


Maksudnya : "Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran"



Tu la..walaupun kita berada dalam kesusahan, kekecewaan, berlaku perkara buruk, terasa terlalu beban dengan tanggungjawab sekarang...jangan mengeluh. Ngadu kat Allah..minta tolong dari-Nya. InsyaAllah, Allah akan tolong hamba-hambanya.. Minta di beri ketenangan hati, di ringankan segala beban yang ada, dalam setiap kesusahan tu minta di beri kesenangan. *ingatan untuk diri sendiri yang suka gak mengeluh...fitrah manusia..sesama la kita ingat-mengingati....I tegur U, U tegur I..hikhik ^^*.





Wallahua'lam...

MUHASABAH DIRI ITU LEBIH BAIK

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni just nak share ngan korang tentang 'Muhasabah Diri Itu Lebih Baik', di petik dari iluvislam.com..(http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4018-muhasabah-diri-itu-lebih-baik.html)

Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa muhasabah diri dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini :)





Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."





Sama-sama lah kita muhasabah diri kita, baiki diri kita mana yang ada lompong or kekurangan, sama2 kita tingkatkan prestasi kita, amal ibadat kita... Jom!! ^^


Wallahua'lam..

Tuesday, November 22, 2011

NEW POSTING

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sudah 4 bulan bergelar final year medical student, USIM. So far, Alhamdulillah dapat harungi dengan baik *walaupon banyak dugaan dan halangan yang menimpa*. Empat posting dah berlalu *ENT, Opthalmology, Mental Health dan Obstetrics & Gynaecology*, another 5 postings including the current posting *Fiqh Issues and Ethics in Medicine* - Orthosurgery, Internal Medicine, Paediatrics and Emergency (minor)- and InsyaAllah, will be graduated from medical 'school' next year (July), pray for me!!

Semalam baru start posting baru untuk 2 minggu sahaja. Sepanjang posting ni kami akan membincangkan mengenai isu2 yang hangat pada masa sekarang, contohnya organs donation, transplant, euthanasia dan sebagai nya, dan apa pandangan2 dari sudut agama Islam. Is it allowed? fobidden? haram? harus? wajib? sunat? Will be discussed it throughout this posting and InsyaAllah, I will share it here, just for a reference for all of us especially the one who are involve in medical field.

A few topics that will be discussed :

1. Stem cells and using human embryos in research and therapy
2. Contraception for youths in today's society
3. Non-halal medicines
4. Organ donation, transplant and sale of human organ
5. Euthanasia
6. Aesthetic medicine procedures and cosmetic surgery
7. Using human subjects in medical research
8. Termination of pregnancy
9. Assisted reproductive techniques
10. Gender reassignment should be allowed?

Sama2 kita share knowledge, tak semua doktor kat luar tu tahu mengenai usul fiqh *saya pun tahu sikit2 je...hehe* tapi takpe, kita sama2 belajar, untuk kepentingan orang ramai terutama pesakit yang beragama Islam. At least at certain condition, with a few knowledge, kita boleh consult patient yang in doubt tentang hukum-hakam, samada procedure ni dibenarkan oleh Islam ataupun tak.

- SHARING IS CARING -




Daripada Abu Darda' R.A, katanya : "Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ;

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."




Wallahua'lam..