Saturday, August 25, 2012

LUAH PERASAAN SEDIH!!

Assalamualaikum w.b.t

Mesti tertanya-tanya, awat sedih pulak. Raya sepatutnya happy la kan. Kenapa ye? Sedih sebenarnya tengok manusia zaman sekarang ni. Maksiat berleluasa. Anak-anak muda sekarang ni macam dah tak tahu hukum agama, tak tahu halal haram, tak tahu dosa pahala. Sedih tahu tak!! 

Lelaki bersentuhan dengan perempuan bukan mahram, hukum nya HARAM!! Dosa besar!! 

Kalau nak sangat sentuh, kawen je terus.. tunang pun tak menghalalkan sesuatu hubungan. So jangan melebih-lebih, peluk sana sini.. Haih!!


Saya taknak lah komen lebih-lebih, nanti tak pasal ter'mengumpat' dan otometik dapat dosa free.. K bye







P/s : Saya bukan nya baik sangat tapi at least saya tahu juga halal haram, dosa pahala.. Ilmu agama takde lah semantap mana pon, tapi saya bersyukur at least saya ada juga ilmu agama *terima kasih kat mak abah yang hantar saya ke sekolah agama sampai la universiti*


Wallahua'lam

Tuesday, August 14, 2012

SEMALAM YANG SANGAT PENAT!! @_@

Assalamualaikum w.b.t

*sorry, entry ni takde gambar..ayat semata-mata. So, maybe agak boring sikit..hehe*

Semalam punya cerita, fuuuuhhh!! Tersangatlah penat. Jalan-jalan pusing satu Sogo dan jalan TAR. Cari barang keperluan raya la *lagi 4/5 hari nak raya ni..cepat betol masa berlalu*

Sampai je kL, park kereta kat stesen LRT bandar tun razak, kami naik public transport je ke Sogo. Kalau nak redah kL naik kereta, kompem sangkut jem *tengah hari masa tu*. Sampai je stesen Bandaraya, kami menuju ke Kamdar dulu..nak beli dan tempah langsir rumah. Penat round cari langsir, tak banyak yang berkenan..pastu takde color yang sesuai. Last-last beli langsir untuk ruang 'family hall' je.. *langsir bilik tidur takde lagi..haish!!*

Da penat cuci mata kat kamdar, next!! cari tudung raya.. Mula-mula pi kedai tudung Ariani..masuk je kedai tu, tak sampai 5 minit keluar balik. Harga tudung mahal giler wokeeeyyhh..even after less. *saya bukan nya anak orang kaya, sanggup beli tudung harga yang mencecah 'ratus'*. Nak beli 4 tudung, mahu tak habis duit rm4o0+, uuiiissshh!! Bagi saya tu membazir. Beli tudung murah takpe, asal tutup aurat, tu lagi penting. Last-last cari tudung kat kedai2 biasa kat jalan TAR tu je. Beli la 4 tudung kat satu kedai tu *setelah penat mencari kat beberapa kedai tudung..banyak tak berkenan dan takde color yang saya nak*. Beli tudung je habis dalam RM129. Ok la tuh.. Satu tudung harga +/- RM 35. Saya berkenan dan berpuas hati. En.Hubby pun suka.. Mana tak nyer, penat da jalan, layan bini dia yang cerewet pilih tudung..hahaha :-P

Then, destinasi seterusnya kembali ke sogo. En.Hubby nak cari bekas nak letak kuih raya/kerepek. Pusing nye pusing satu level uh, susah nak cari yang berkenan. Yang satu set uh, semua tak berkenan di hati..pastu bekas tu kecik2 *berapa ketul la kerepek boleh letak dalam uh..huu*. Lastly kami decide beli ala carte je, 6 bekas dan talam ukir-ukir warna keemasan..sangat cantik!! *nanti ada gamba saya upload sini k*

Sangat penat. Lebih kurang kol 5 lebih kami balik. Sampai kat parking kereta pukol 5.30 petang.. En.Hubby tido jap dalam kereta *lebih kurang setengah jam*, pastu singgah masjid solat. Pastu teros balik rumah. Duk sekejap je, da buka puasa. Lepas je solat magrib kami berdua da 'KO' atas katil. Penat!! *memang tak gi teraweh la malam semalam...wallaweehh!! @_@* Sedar tak sedar pukol 3 pagi...huwaaaaaa~

En.Hubby lagi la penat. Dah la kelmarin on-call tak dapat tidur. Balik kerja terus siap-siap balik kL. Kesian dear!! Huu~ *malam semalam En.Hubby demam sudeeeyy..terpaksa la telan 2 biji panadol sahur tadi*

Cukup la cerita semalam.. Penat dah mengarang. Nak sambung tido. Daaa~

Wallahua'lam

Monday, August 13, 2012

SYURGA

"Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Kalau suami tak redha, neraka jahanam la jawabnya..jangan duk berangan nak masuk syurga, bahkan bau syurga pun tak dapat.''

Astaghfirullah.. Na'uzubillah!!

Kuharapkan redha-Mu, ya Allah..dan redha suamiku. Jadikan aku sebaik-baik isteri untuk suamiku.. T__T

Wallahua'lam

Friday, July 27, 2012

TIP 2 : SANGGUP MENJADI PAHLAWAN


Buku : 60 Tip Menjadi Isteri Cantik & Solehah
Penulis : Siti Aminah Ismail




RASULULLAH s.a.w berkata,

"Wahai Ummu Saad, terima dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, orang yang terbunuh itu saling berteman di dalam syurga, dan mereka semua memberikan syafaat untuk keluarganya."


Kata- kata ini ditujukan kepada Kabsyah binti Rafi' bin Muawiyah bin Ubaid bin al-Abjar al-Ansyariyah al-Khudriyah. (Thabaqat Ibnu Saad, 8/37; al-Isti'ab, 4/383; Usdul Ghabah [7230]; al-Istibshar, ms.129)


Beliau adalah seorang ibu yang memutuskan setiap perkara dengan hukum Allah s.w.t. Anak beliau adalah penjaga Rasulullah semasa Perang Badar, pemegang panji daripada golongan Ansar, serta salah seorang ahli Majlis Syura Rasulullah ketika itu. Anak beliau ini digelar As-Siddiq, orang yang kedua mendapat gelaran itu selepas Abu Bakar. Anak beliau juga menjadi wakil Rasulullah ketika Perang Buwath. Kelebihan ibu ini turut diakui oleh Ibnu Saad dengan berkata,

"Orang yang pertama berbaiat (memberi sumpah setia) kepada Rasulullah adalah Ummu Saad iaitu Kabsyah binti Rafi' bin Ubaid, Ummu Amir binti Yazid bin As-Sakan dan Hawa' binti Yazib bin As-Sakan."


Semasa Perang Badar, beliau meniupkan semangat kepada anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz, agar berangkat dan berjihad kerana Allah, dengan sebenar-benar jihad. Semasa Perang Uhud pula, Ummu Saad terlibat secara langsung bersama beberapa Muslimah yang lainnya. Berita kekalahan tentera Muslimin dan gugur syahidnya anak beliau, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuannya. Namun, berita-berita itu ternyata kurang penting kepada ibu ini berbanding keselamatan diri Nabi. Beliau bersegera ke medan perang bagi melihat dengan matanya sendiri, keadaan dan keselamatan Rasulullah.


Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata,

"Selagi aku melihat engkau dalam keadaan selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) terasa sangat ringan."



Di saat Perang Khandaq meletus, Rasulullah s.a.w mengarahkan para Muslimah dan kanak-kanak yang turut serta, berlindung di dalam benteng Bani Haritsah yang sudah siap dibina. Turut berada di situ adalah Aisyah yang digelar Ummul Mukminin dan Ummu Saad. Aisyah berkata Saad bin Muadz pergi menyertai pasukan perang dengan mengenakan baju besi yang pendek, sehingga seluruh tangannya terdedah. Ummu Saad menasihati anaknya agar bersegera supaya tidak ketinggalan walau sesaat pun bagi mendampingi Rasulullah. Beliau tidak henti-henti menasihati dan meniupkan semangat jihad kepada anaknnya. Beliau berkata,

"Wahai anakku, cepatlah berangkat. Demi Allah, engkau sudah terlambat."


Dalam peperangan itu, Saad terkena anak panah yanv dilemparkan oleh Hibban al-Urqah. Anak panah itu memutuskan urat yang hampir dengan mata kakinya.


Saat itu, Saad sempat berdoa kepada Allah s.w.t dengab doanya yang sangat masyhur,

"Ya Allah sekiranya Engkau masih mahu peperangan melawan Quraisy ini berlangsung, panjangkanlah usiaku supaya aku dapat menyertainya. Tidak ada kaum yang suka aku perangi kerana Engkau, selain daripada kaum yang sudah menyakiti Nabi-Mu, mendustakan dan mengusirnya. Ya Allah sekiranya Engkau mengizinkan kami berperang dengan mereka, maka jadikanlah mati syahid untukku dan janganlah Engkau uji aku sehingga aku berasa senang kerana dapat mengalahkan Bani Quraizhah."


Ternyata Allah memakbulkan doa Saad bin Muadz. Yahudi Bani Quraizhah kemudian melanggar perjanjian yang sudah dimeterai bersama Nabi. Keputusan menghukum Bani Quraizhah diserahkan kepada Saad bin Muadz. Beliau memutuskan agar kaum lelaki Bani Quraizhah dibunuh, manakala kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Sebaik-baik sahaja urusan Bani Quraizhah selesai, luka pada kaki Saad semakin parah dan akhirnya beliau meninggal dunia. Sekali lagi Ummu Saad diuji dengan kehilangan anak. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi'. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas pada wajahnya.


Lalu Rasulullah s.a.w menghiburkan beliau dengan berkata,

"Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya." (Siar Alamin-Nubala', 1/293: Thabaqat Ibnu Saad, 3/434; Majma' Az-Zawa'id, 9/309)


Hatinya gembira dengan perkhabaran Nabi. Beliau hanya mengharapkan pahala di sisi Allah dan Rasul-Nya atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada, apatah lagi setelah mengetahui ketinggian mertabat seorang syahid. Beliau mendahulukan cintanya kepada Allah dan Rasul berbanding perkara lain, walaupun perkara itu sangat berharga kepada manusia lain, seperti harta dan anak-anak. Di atas sifatnya ini, beliau layak mendapat khabar gembira daripada Allah dan Rasul-Nya, sebagai penghuni syurga.Ummu Saad menerima khabar itu sewaktu berakhirnya Perang Uhud. (Al-Maghazy, 2/315-316; as-sirah al-Halabiyah, 2/545-546)

Ketika Nabi mengetahui gugurnya Amru bin Muadz bersama sebelas syuhada lain di medan Uhud, beliau lantas berkata,

"Wahai Ummu Saad, terima dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, orang yang terbunuh itu saling berteman di dalam syurga, dan mereka semua memberikan syafaat untuk keluarganya."

Nabi turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa,

"Ya Allah, singkirkan kesedihan dan ringankanlah musibah mereka. Berilah pengganti yang baik kepada orang yang mereka tinggalkan."

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah pernah berkata,

"Barang siapa yang sabar dan ikhlas mencari pahala kerana kematian tiga orang anaknya, maka dia akan masuk syurga."

Seorang wanita yang berdiri bertanya,

"Bagaimana dengan dua orang anak?"

Nabi kemudian menjawab,

"Begitu juga dengan dua orang anak." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasaei dan Ahmad)

Semoga keikhlasan dan kesabaran Ummu Saad mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pendamping utama Rasulullah di medan dakwah dan jihad, menjadi contoh kepada ibu kaum Muslimin hari ini, supaya mereka menjadi pahlawan yang sebenarnya.


Wallahua'lam

Wednesday, July 25, 2012

TIP 1 : SANGGUP BERKORBAN

Buku : 60 Tip Menjadi Isteri Cantik & Solehah
Penulis : Siti Aminah Ismail


PENGORBANAN seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita mungkin kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan itu.

Sehinggakan hari ini, ada wanita islam mencari pengiktirafan selain daripada agama kerana berasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Malah ada yang turut menuntut persamaan hak seperti di Barat.

Apa yang berlaku ini bukanlah salah mereka semata-mata. Masyarakat Muslim lain turut bertanggungjawab kerana kita dianugerahkan Allah dengan tugas kenabian, bagi memberi harapan dan bimbingan kepada manusia lain.

Allah berfirman :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah : Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Al-Israa' : 23-24)

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa dan mentaati mereka. Bagi wanita yang belum berkahwin, ketaatan mereka adalah kepada kedua ibu bapa. Apabila mereka berkahwin, ketaatan itu berpindah kepada suami mereka. Menyakiti hati mereka , adalah dosa yang amat besar.

Ismail ibnu Umaiyyah berkata ada seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. Kata lelaki itu,
"Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat."
Rasulullah menjawab,
"Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, sekalipun engkau dibakar ataupun dibelah dua."
Lelaki itu berkata lagi,
"Wahai Rasulullah, tambahkanlah."
Rasulullah menjawab,
"Jangan engkau minum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan."
Lelaki itu meminta lagi,
"Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu."
Rasulullah menjawab,
"Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah mengikut kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan)mu tetapi buatlah agar mereka takut kepada Allah."

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Wallahua'lam