Saturday, September 22, 2012

31 OGOS 2012

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni dah lama, cuma malas nak mengarang. Tapi sekarang mood nak mengarang tu tetiba je datang.. Haha. Ni cerita 31 Ogos yang lalu. Sempena hari Kemerdekaan, saya dan En.Hubby join perarakan geng-geng motor besar kat Raub. 

Seawal pukul 6 pagi kami bertolak dari temerloh, sebab majlis start pukul 8 pagi. Lebih kurang dalam pukul 7 pagi kami dah sampai Raub, berkumpul kat Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. Tepat pukul 8 pagi majlis bermula. Okey, jom kita layan gamba ^^

Masing-masing nampak macam excited!! hehe..
 
Sebahagian geng-geng motor yang baru sampai pagi tu.. ^^

Nampak tak En.Hubby nun jauh di sana?? Bukan main happy dia borak-borak ngan member-member dia. Bini dia ni ditinggalkan sorang-sorang layan handphone.. T___T
 
Masa ni ngah sibuk susun-susun motor ikot color kot..

Dah siap susun. Tengok lah, motor En.Hubby paling depan, jadi leader. Hahaha~ Sebab En.Hubby je yang bawak bini *maklumlah, takleh berenggang lama..ikot je ke mana pi*, so kena duk depan lah..hahha~
 
Owh..motor mu motor ku juaaaaa~ ngee =P
 
Bersedia untuk berlepas.. En.Hubby eksaited nak amek gambar masa ni. Dah elok-elok duk atas motor, terpaksa turun balik. Gambar punya pasal.. Haaaddoooiiihhh!! >o<

Perarakan ni kejap jer. Tak sampai 5 minit dah sampai dataran. Sengih-sengih pandang orang-orang besar yang berdiri atas pentas tu, lepas tu habiiiiiiiiiiiiiiiisssss!! Kejap sangat...hoho
 
Saya & En.Hubby - selepas perarakan -

 
Saje posing-posing!! hahhaha~ *koya je lebih*

Sepatutnya lepas perarakan kena join majlis tu..dengar ceramah bagai. Tapi disebabkan En.Hubby kerja, kena standby kat rumah, kot-kot hospital call, so kami terus je balik temerloh. Pukul 10 lebih camtu, kami dah sampai rumah. Tu je lah cerita nya.. takde menarik sangat pon.. hehe~ ^^

K, daaa..


Wallahua'lam






Friday, September 21, 2012

MENU LUNCH

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam lama tak update blog..hahaha..takde idea la nak mengarang, lagi pun bukan ada orang yang nak baca pun kan..hahaha *perasan je lebih*. Sepanjang 2 bulan ni just blogwalking je kat blog-blog "meletop pom pom". Saya suka follow blog resepi. Sejak jadi housewife ni, asik duk ngusha-ngusha resepi. Macam-macam nak try masak..masak itu la..masak ini la...hahaha~ Seronok sebenarnya masak ni. Lebih-lebih lagi kalau ada yang makan..semngat nak masak tu membuak-buak.. *okeyh...tao over!! haha*

So, bila cerita pasal resepi ni, saja nak kongsi menu lunch saya dan En.Hubby untuk hari ni. Masak simple je. Malas nak masak yang complicated tu. Hajat di hati, ingatkan nak masak ikan cencaru bakar, tapi bahan-bahannya pulak tak cukup. Gi 'godek-godek' peti ais, yang ni je mampu masak nya. K la, taknak cerita panjang-panjang, jom layan gambar!! ^^

 Menu lunch :
1) Ikan merah masak lemak cili padi
2) Ayam & sotong goreng tepung
3) Ayam goreng kunyit dengan kacang buncis

Banyak ke?? Hahaha.. Biasa-biasa je. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Tu yang boleh pelbagaikan sikit lauk tu. Korang nak resepi ke?? Haha..ofkos la korang taknak kan. Menu camni siapa-siapa pon boleh buat. Kacang je ni. Betol tak??!! Tapi takpe lah.. Saya bagi juga resepi ni, maybe lain sikit dari korang nyer resepi kan..hehe..sekadar berkongsi!! "Sharing is caring" kan ^^

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI

 Bahan-bahan :
Ikan merah (2 slices)
Cili padi - 10 biji
Kunyit hidup - 3 cm
Serai - 1 batang
Santan - 1 kotak kecil
Asam keping - 1 keping
Kentang - potong 4
Garam

Cara-cara:
1) Cili padi dan kunyit ditumbuk lumat.*kalau takde lesung batu tuh, korang boleh blend je*
2) Satukan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan kentang.
3) Jerang periuk atas api sederhana
4) Biarkan ia menggelegak dan masukkan kentang dan garam secukup rasa.
5) Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan kentang nampak lembut.
6) Tadaaaaaaaaaa...sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

 
Bahan-bahan :
Ayam - dipotong dadu
Kacang buncis
Bawang besar - 1 labu (di mayang)
Bawang putih - 1 ulas (di mayang)
Cili merah - 1 biji (di mayang)
Garam

Cara-cara :
1) Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. 
2)Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Ketepikan ayam goreng.
3) Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. 
4) Masukkan sedikit garam.
5) Masukkan kacang buncis
6) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
7) Masak lebih kurang beberapa minit, lepas tu siap untuk dihidangkan.

AYAM & SOTONG GORENG TEPUNG

 
Bahan-bahan :
Ayam
Sotong
Tepung Bestari

Cara-cara :
1) Basuh ayam dan sotong sehingga bersih
2) Masukkan sedikit tepung bestari kedalam bekas yang berisi sedikit air, sehingga nampak sedikit pekat.
3) Kemudian masukkan ayam dan sotong ke dalam bekas tadi (sehingga tenggelam ayam dan sotong tu)
4) Perap lebih kurang 30 minit
5) Kemudian letakkan tepung bestari dalam bekas *Ni yang lain tao..bukan tepung yang guna untuk perap tu eh..hehe*. Gaulkan ayam dan sotong, satu persatu, kedalam tepung.
6) Panaskan minyak dan goreng ayam dan sotong tadi sehingga masak.
7) Sedia untuk dihidangkan.

Siap masak lebih kurang dalam pukul 3 petang. En.Hubby balik kerja pukul 4 *sepatutnya habis kerja pukul 3..kena extend la tuh..ramai patient gamaknya kat hospital uh*. Lepas makan, tetiba En.Hubby masuk dapur *masa tuh saya ngah cuci pinggan*, En.Hubby  cakap "sedap..pandai sayang abang masak". Waaaaaaaahhhh!! Hati berbunga-bunga. Dalam masa yang sama malu la bila kena puji ni.. hahahha~ Ni dah kali ke berapa ntah En.Hubby cakap camtu, dan berapa kali jugak la rasa cam berbunga-bunga.*owh...dah koya lebih ni* =P

Ok lah..rasa macam lama pulak menaip nyer. Saya suka cuba resepi-resepi ni, ternampak je dalam internet, terus nak try. Haha~ Lain kali, saya share resepi lain pulak okey!! Daaa..






p/s : Kalau rasa agak-agak kompius atau tak faham apa yang saya tulis tu, boleh tanya..takde masalah..hehe ^^

Wallahua'lam

Saturday, August 25, 2012

LUAH PERASAAN SEDIH!!

Assalamualaikum w.b.t

Mesti tertanya-tanya, awat sedih pulak. Raya sepatutnya happy la kan. Kenapa ye? Sedih sebenarnya tengok manusia zaman sekarang ni. Maksiat berleluasa. Anak-anak muda sekarang ni macam dah tak tahu hukum agama, tak tahu halal haram, tak tahu dosa pahala. Sedih tahu tak!! 

Lelaki bersentuhan dengan perempuan bukan mahram, hukum nya HARAM!! Dosa besar!! 

Kalau nak sangat sentuh, kawen je terus.. tunang pun tak menghalalkan sesuatu hubungan. So jangan melebih-lebih, peluk sana sini.. Haih!!


Saya taknak lah komen lebih-lebih, nanti tak pasal ter'mengumpat' dan otometik dapat dosa free.. K bye







P/s : Saya bukan nya baik sangat tapi at least saya tahu juga halal haram, dosa pahala.. Ilmu agama takde lah semantap mana pon, tapi saya bersyukur at least saya ada juga ilmu agama *terima kasih kat mak abah yang hantar saya ke sekolah agama sampai la universiti*


Wallahua'lam

Tuesday, August 14, 2012

SEMALAM YANG SANGAT PENAT!! @_@

Assalamualaikum w.b.t

*sorry, entry ni takde gambar..ayat semata-mata. So, maybe agak boring sikit..hehe*

Semalam punya cerita, fuuuuhhh!! Tersangatlah penat. Jalan-jalan pusing satu Sogo dan jalan TAR. Cari barang keperluan raya la *lagi 4/5 hari nak raya ni..cepat betol masa berlalu*

Sampai je kL, park kereta kat stesen LRT bandar tun razak, kami naik public transport je ke Sogo. Kalau nak redah kL naik kereta, kompem sangkut jem *tengah hari masa tu*. Sampai je stesen Bandaraya, kami menuju ke Kamdar dulu..nak beli dan tempah langsir rumah. Penat round cari langsir, tak banyak yang berkenan..pastu takde color yang sesuai. Last-last beli langsir untuk ruang 'family hall' je.. *langsir bilik tidur takde lagi..haish!!*

Da penat cuci mata kat kamdar, next!! cari tudung raya.. Mula-mula pi kedai tudung Ariani..masuk je kedai tu, tak sampai 5 minit keluar balik. Harga tudung mahal giler wokeeeyyhh..even after less. *saya bukan nya anak orang kaya, sanggup beli tudung harga yang mencecah 'ratus'*. Nak beli 4 tudung, mahu tak habis duit rm4o0+, uuiiissshh!! Bagi saya tu membazir. Beli tudung murah takpe, asal tutup aurat, tu lagi penting. Last-last cari tudung kat kedai2 biasa kat jalan TAR tu je. Beli la 4 tudung kat satu kedai tu *setelah penat mencari kat beberapa kedai tudung..banyak tak berkenan dan takde color yang saya nak*. Beli tudung je habis dalam RM129. Ok la tuh.. Satu tudung harga +/- RM 35. Saya berkenan dan berpuas hati. En.Hubby pun suka.. Mana tak nyer, penat da jalan, layan bini dia yang cerewet pilih tudung..hahaha :-P

Then, destinasi seterusnya kembali ke sogo. En.Hubby nak cari bekas nak letak kuih raya/kerepek. Pusing nye pusing satu level uh, susah nak cari yang berkenan. Yang satu set uh, semua tak berkenan di hati..pastu bekas tu kecik2 *berapa ketul la kerepek boleh letak dalam uh..huu*. Lastly kami decide beli ala carte je, 6 bekas dan talam ukir-ukir warna keemasan..sangat cantik!! *nanti ada gamba saya upload sini k*

Sangat penat. Lebih kurang kol 5 lebih kami balik. Sampai kat parking kereta pukol 5.30 petang.. En.Hubby tido jap dalam kereta *lebih kurang setengah jam*, pastu singgah masjid solat. Pastu teros balik rumah. Duk sekejap je, da buka puasa. Lepas je solat magrib kami berdua da 'KO' atas katil. Penat!! *memang tak gi teraweh la malam semalam...wallaweehh!! @_@* Sedar tak sedar pukol 3 pagi...huwaaaaaa~

En.Hubby lagi la penat. Dah la kelmarin on-call tak dapat tidur. Balik kerja terus siap-siap balik kL. Kesian dear!! Huu~ *malam semalam En.Hubby demam sudeeeyy..terpaksa la telan 2 biji panadol sahur tadi*

Cukup la cerita semalam.. Penat dah mengarang. Nak sambung tido. Daaa~

Wallahua'lam

Monday, August 13, 2012

SYURGA

"Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Kalau suami tak redha, neraka jahanam la jawabnya..jangan duk berangan nak masuk syurga, bahkan bau syurga pun tak dapat.''

Astaghfirullah.. Na'uzubillah!!

Kuharapkan redha-Mu, ya Allah..dan redha suamiku. Jadikan aku sebaik-baik isteri untuk suamiku.. T__T

Wallahua'lam