Saturday, July 14, 2012

HAPPY 6th MONTHIVERSARY!! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur pada-Nya. Sudah enam bulan kami mendirikan rumah tangga. Moga rumah tangga kami akan kekal bahagia sampai bila-bila.*Lurve*


Coretan Untuk Suami Tercinta

Wahai Suamiku,

Terima Kasih kerana memilih aku untuk menjadi isterimu.
Mengambil tanggungjawab untuk menjaga aku daripa ibu bapaku adalah
satu pengorbanan yang sangat besar buatku.
Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih
dan membalasi kebaikan darimu. Moga-moga aku dari kalangan wanita
yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Wahai Suamiku,

Membina rumahtangga adalah satu jual beli yang mencabar sekali. Dunia
perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun, aku
belum pasti. Apakah aku pandai bersikap di waktu-waktu mendapat
untung, aku belum pasti. Dan lebih-lebih lagi aku tidak dapat
berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat-saat yang merugikan.

Aku takut wahai suami,melihatkan berapa ramai isteri-isteri yang
bermusuh dengan suami yang dicintai dihari-hari mereka di uji Tuhan.
Sehari sebelum, diwaktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya
besoknya mereka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan
sudah beritahu; "..didalam Neraka ramai wanita kerana penyakit kufur
nikmat".

Aku merayu padamu wahai suami,

Tolong doakan wahai suami, supaya isterimu adalah seorang yang boleh
memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga-moga
rumahtangga kita ini ialah masjid yang menaungi jemaah islamiah,
tapak kepada ummah.

Akhirnya wahai suami, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar
rumahtangga ini benar-benar menjadi masyarakat islam contoh kepada
generasi masa kini


Wallahua'lam

2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

assalamualaikum..
happy anniversary. =) comelnya gambar. moga kekal ke syurga amin..

eLyA said...

Wa'alaikumussalam maera.. Thanx ^^. Maera pon same..moga rumah tangga maera dan suami akan kekal bahagia sampai ke syurga juga..n cepat dpat baby keyh ;-)